Home > Info Terkini > Perlindungan Takaful Sinar Hajj

Perlindungan Takaful Sinar Hajj

KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2017 – Majlis Penyampaian Hadiah Kempen ‘Gegar Impian Anda’ dan Pelancaran Pelan Takaful Sinar Hajj Sun Life Malaysia Takaful disempurnakan Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunan (KPDNKK)  Dato’ Henry Sum Agong bertempat di Sunway Putra Hotel, di sini  hari ini.

Pemenang hadiah utama ‘Gegar Impian Anda’ menerima sebuah kereta Proton Iriz tajaan Proton Edar Malaysia, tempat kedua menerima syer sebanyak RM 10,000 manakala pemenang tempat ketiga menerima baucer mengerjakan umrah untuk seorang.

Untuk rekod sehingga 31 Disember 2016, Co-opbank Persatuan berjaya mengumpul jumlah modal syer berbayar sebanyak RM344.62 juta dengan keanggotaan seramai 74,854 orang dan 531 buah koperasi.

Pelan takaful Sinar Hajj diperkenalkan kepada bakal –bakal jemaah haji dan umrah bagi melindungi mereka sekiranya  mendapat kemalangan sewaktu mengerjakan ibadat suci itu.

Kejadian yang berlaku suatu ketika dahulu memberi ilham kepada syarikat ini untuk memperkenalkan skim insuran bagi melindungi jemaah negara.

Turut sama, Pengerusi Suruhanjaya  Koperasi Malaysia , Dato’ Dr. Nor Zahri Hamat dan Pengerusi Co-opbank Persatuan, Datuk Haji Yusra Sabar.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK