Home > Home Post > Kunjungan Ke KPDNKK & Seksyen TTPM

Kunjungan Ke KPDNKK & Seksyen TTPM

TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA

LATAR BELAKANG TRIBUNAL

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah suatu badan kehakiman bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan mula berkuatkuasa pada 15 November 1999

Bahagian XII Akta mengandungi 37 seksyen berhubung dengan Tribunal Tuntutan Pengguna seperti keanggotaannya, bidang kuasa, prosiding, award-award yang dibuat dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya.


Kunjungan temuramah ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kunjungan silaturrahim ke Seksyen Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Negeri Johor.

OBJEKTIF TRIBUNAL

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang fungsi utamanya adalah mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut.

Sebelum penubuhan Tribunal, semua pertikaian antara pengguna dan peniaga, pembekal atau pengilang barang atau pembekal perkhidmatan terpaksa dibawa ke mahkamah sivil yang mana melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan memakan masa panjang. Ini adalah antara beberapa sebab mengapa pengguna keberatan untuk membuat tuntutan mereka terhadap peniaga, pembekal atau pengilang barang atau pembekal perkhidmatan yang tidak bertanggungjawab dan beretika di mahkamah sivil, terutama jika nilai tuntutan yang dituntut adalah kecil, walaupun sekarang telah ada Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan tidak melebihi RM5,000.00.

Memahami keadaan ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran alternatif selain mahkamah sivil untuk pengguna menuntut gantirugi berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan yang dibekalkan daripada peniaga atau pembekal perkhidmatan dengan cara yang MUDAH MURAH dan CEPAT.