Home > 2017 > April

PERNIAGAAN ATAS TALIAN SEMAKIN BERKEMBANG

JOHOR BAHRU, 1 APRIL 2017 – Perniagaan dalam talian semakin berkembang dari tahun ke tahun dengan jumlah pendaftaran semakin melonjak naik. Sehingga 20 Mac 2017, sebanyak 47,198 peniaga dalam talian telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Purata pendaftaran dalam talian ini adalah sebanyak 1,000 sebulan. “Pelbagai kelebihan boleh diperoleh dengan mendaftar perniagaan. Di antaranya, mendapat kepercayaan pengguna atau pembeli untuk berurusan dengan peniaga-peniaga dalam talian dan menjadikan perniagaan itu sah di segi undang-undang,” ujar Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Henry Sum Agong di Majlis Perasmian Karnival Online Networking Entrepereneurs (ONE) SSM Johor 2017 di Plaza

Read More

Lawatan ke IMCOOP

JOHOR BAHRU, 1 APRIL 2017 – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Sri Jamil Salleh hari ini mengadakan lawatan ke Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (IMCOOP) bagi melihat sendiri perkembangan aktiviti perniagaan yang dijalankan koperasi ini. Dalam lawatan pertama, Dato’ Sri Jamil di bawa ke pasaraya mini milik koperasi ini yang terletak di kawasan Setia Tropika tidak jauh dari sini. Beliau diberi taklimat dan dibawa melawat ke seluruh bahagian pasaraya mini itu. Beliau kemudian di bawa melawat ke gudang penyimpanan IMCOOP yang terletak di Indahpura, Kulai. Kawasan yang menempatkan gudang simpanan serta Ibu pejabat IMCOOP itu menjadi pusat

Read More