Home > Info Terkini > Lawatan ke IMCOOP

Lawatan ke IMCOOP

JOHOR BAHRU, 1 APRIL 2017 – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Sri Jamil Salleh hari ini mengadakan lawatan ke Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (IMCOOP) bagi melihat sendiri perkembangan aktiviti perniagaan yang dijalankan koperasi ini.

Dalam lawatan pertama, Dato’ Sri Jamil di bawa ke pasaraya mini milik koperasi ini yang terletak di kawasan Setia Tropika tidak jauh dari sini. Beliau diberi taklimat dan dibawa melawat ke seluruh bahagian pasaraya mini itu.

Beliau kemudian di bawa melawat ke gudang penyimpanan IMCOOP yang terletak di Indahpura, Kulai. Kawasan yang menempatkan gudang simpanan serta Ibu pejabat IMCOOP itu menjadi pusat penyimpanan dan pengedaran barang-barang untuk kesemua outletnya yang terdapat di negeri Johor dan Negeri Sembilan. Ia juga dijadikan pusat latihan bagi bakal-bakal pengusaha kedai runcit sebelum menghadapi sendiri dunia peruncitan itu.

Dato’ Sri Jamil turut diberi penerangan mengenai konsep kedai mesra IMCOOP yang bernilai RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi mereka yang berminat menceburi bidang peruncitan ini.

Menurut sumber IMCOOP, mana-mana koperasi atau individu di negeri Johor khususnya dipelawa untuk menceburi perniagaan runcit dengan modal yang minima serta kawasan yang kecil bagi memulakan pernaigaan. Konsep kedai mesra Imcoop yang mudah alih, ringkas serta dilengkapi dengan barangan jualan mudah diuruskan tanpa memerlukan kos operasi yang besar.