Home > Program & Aktiviti > DAYA2 ROADRACE 2017

DAYA2 ROADRACE 2017

PROGRAM KECERGASAN DAYA 2 ROADRACE 2017

Johor Bahru, Oktober 2017 – Program Daya 2 Roadrace berkonsepkan ‘Open Run Malaysia’ yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2 telah menarik perhatian Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) untuk menjadi penaja utama di mana ia memupuk budaya sihat di samping menguji tahap kecergasaan masyarakat di negara ini.

Program yang dirasmikan oleh Jabatan Pendidikan Malaysia ini telah disokong penuh oleh Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Malaysia, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kolej Komuniti Pasir Gudang, JOHO Development Sdn. Bhd, Bank Simpanan Nasional (BSN), VIVO Malaysia, Skuad Pengiring, D’ Harmoni dan OmisPro.

Tujuan ia diadakan adalah untuk memupuk budaya masyarakat sihat dan cergas di samping mendidik para pelajar di peringkat rendah tentang kepentingan kecergasan pada tubuh badan kita. Ia juga memupuk budaya kerjasama di antara satu sama lain tidak kira agama dan suku kaum serta merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Program ini telah dilangsungkan dengan 2 pelepasan bagi 2 kategori iaitu :kategori peringkat rendah di bawah 12 tahun dan juga peringkat terbuka Malaysia. Selain hadiah-hadiah yang ditawarkan, pelbagai juadah kuih muih juga boleh didapatkan ketika ianya berlangsung.

 

Oleh : Unit Komunikasi Media MTPN – Infozoom Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *