Home > Home Post > TURUN PADANG JUMPA PENGGUNA

TURUN PADANG JUMPA PENGGUNA

SIBU, 7 JULAI 2019 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mengadakan program turun padang dengan mengadakan lawatan ke Rumah Panjang Ganda, Wak Pakan dalam daerah Sibu.

Kehadiran beliau yang disertai Ahli Parlimen Julau, Tuan Larry Sng Wei Shiendan Ahli Parlimen Lubuk Antu ke rumah panjang ini bersempena program Berambeh dan Kepenggunaan anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sibu dan KPDNHEP Negeri Sarawak.

Berambeh atau bermaksud berkumpul beramai-ramai ini membawa bersama gerai –gerai pameran dari pelbagai agensi tempatan seperti cawangan Narkotik Polis Di Raja Malaysia Daerah Julau, Pejabat Kesihatan , Pejabat Kebajikan Masyarakat, Bomba dan Penyelamat , KPDNHEP Sibu dan beberapa agensi lagi selain ceramah-ceramah mengenai kepenggunaan dan keselamatan.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Saifuddin menyatakan bahawa beliau berasa berbesar hati dapat turun padang sehingga ke kawasan rumah panjang bagi menyampaikan amanat dan meninjau serta mendengar sendiri isu-isu berkaitan kepenggunaan di kawasan pedalaman.

Katanya, KPDNHEP sentiasa berada di barisan hadapan dalam menangani isu-isu pengguna akan sentiasa mencari pendekatan bagi membolehkan pengguna dapat menikmati kehidupan yang sempurna.

Program Penyeragaman Harga Barangan Pengguna (PPHBP) yang diperkenalkan di negeri di Sabah, Sarawak dan beberapa daerah di Semenanjung bagi membolehkan pengguna di negeri-negeri dan kawasan terbabit dapat menikmati harga yang sama sebagaimana yang dikecapi pengguna-pengguna di Semenanjung.

“Saya minta masyarakat di sini melaporkan kepada KPDNHEP sekiranya berhadapan dengan isu-isu seperti kekurangan bekalan barangan asas, kenaikan harga yang tidak munasabh atau isu-ius lain yang di dalam bidang kuasa kementerian ini,” ujarnya.

Program Berambeh ini juga menyelitkan persembahan pentas berbentuk hiburan dan demontrasi memadam kebakaran oleh Bomba dan Penyelamat tempatan.

Dalam lawatan kerja dua hari itu, Datuk Saifuddin mengadakan lawatan ke Points Of Sales (POS) yang terdapat di Machan, Pakan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP