Home > Maklumat MTPN

Maklumat MTPN

LATAR BELAKANG MTPN

gif logoMajlis Tindakan Pengguna Negara ( MTPN ) ditubuhkan pada 21 April 2016 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.

MTPN merupakan sebuah pertubuhan yang telah sah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran

PPM-009-10-21042016.

Majlis mengejar agenda pembaharuan dasar-dasar dan undang-undang kepenggunaan dan perdagangan dengan mengkaji, menyelidik dan membincangkan mengikut peredaran masa dan kegiatan ekonomi negara, mempertahankan dan mewakili kepentingan pengguna dan peniaga dalam aduan menyeluruh pelbagai isu perdagangan dan kepenggunaan yang penting di kementerian negara, peringkat kerajaan negeri, dalam media dan seluruh masyarakat secara langsung.

Jemaah pentadbiran majlis di ketuai oleh Yang di-Pertua Majlis, Ahli Kehormat, Ahli Majlis, Lembaga Pengarah dan Ahli Jawatankuasa di peringkat negara dan negeri yang terdiri daripada masyarakat di seluruh dunia pengkaji, penyelidik, pendidik dan profesional berkaitan khusus untuk meningkatkan kesejahteraan dan kepentingan pengguna serta berdedikasi untuk memajukan kepentinganpeniaga berpendapatanrendah dan pengguna yang terdedah secara keseluruhannya.

FUNGSI MTPN

1.Mewujudkan suatu kumpulan ahli majlis yang terdiri daripada ahli akademik dan profesional untuk mengkaji serta menganalisa peraturan, prinsip, panduan, dasar dan perundangan yang berkaitan dengan kesejahteraan pengguna terutamanya aspek perlindungan pengguna supaya kualiti hidup dan taraf sosial ekonomi rakyat dapat dipertingkatkan.

2.Menjalin hubungan dan kerjasama yang rapat dengan badan-badan kerajaan dan badan-badan NGO melalui aktiviti-aktiviti dan program kemasyarakatan termasuk penganjuran sesi-sesi perbincangan, dialog, seminar, program, kursus, latihan can sebagainya.

3.Mewujudkan masyarakat pengguna yang mengamalkan perlindungan kendiri serta mempertingkatkan profesionalisma peniaga dan teknik berniaga yang boleh mempengaruhi keadaan sosial dan ekonomi negara.

4.Meningkatkan kawal selia kendiri di kalangan peniaga supaya pengusaha dapat mengamalkan prinsip pernigaan yang cekap, amanah, sihat serta adil dansaksama dalam apa jua urusniaga yang dijalankan bagi memelihara profesionalisma dalam perniagaan.

5.Memberi landasan kepada semua pengguna dan peniaga untuk menyalurkan aduan serta menjalankan sesi pendamaian bagi segala perselisihan yang berlaku di kalangan pengguna dan peniaga bertujuan untuk mengurangkan kes-kes yang akan dibawa ke tribunal tuntutan pengguna.

6.Mewujudkan mekanisma penyelarasan dan keseragaman di antara agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam perlindungan pengguna.