Home > Info Terkini > Menyorok Minyak Masak!

Menyorok Minyak Masak!

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, menyita kira-kira 702 Kilogram (kg) minyak masak dengan nilai rampasan RM3,159  kelmarin.

Pengarahnya, Datuk Ab Ghani Harun berkata, kegiatan menyorok minyak masak itu dikesan oleh pegawainya jam 4 petang kelmarin di sebuah premis pemborong minyak masak dekat Taman Maju, Jalan Pasir Puteh.

“Sehubungan itu kami telah meningkatkan pemeriksaan terhadap pembungkus, pemborong, pasar raya dan peruncit seluruh negeri bagi memastikan bekalan minyak masak kembali normal,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Siasatan kes tersebut dijalankan di bawah Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menyorok bekalan minyak masak dan hukuman penalti di bawah seksyen 22 (1), AKB 1961 (Pindaan 2015).

Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,0000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, Ab Ghani turut menasihatkan pengguna tidak membuat pembelian panik kerana bekalan minyak masak mencukupi di pasaran di negeri ini.

“Orang ramai juga boleh membuat aduan melalui laman sesawang eaduan.kpndkk.gov atau melalui talian 097416000,” katanya.

 

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kpdnkk-sita-702-kg-minyak-masak-1.629845