Home > Home Slider > Consumer’s Choice Awards 2019

Consumer’s Choice Awards 2019

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA 2019 (CUSTOMER’S CHOICE AWARD 2019)

Majlis penyampaian anugerah ini telah berlangsung pada 28 Ogos 2019 yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dan telah berjaya dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHep Negeri Johor, YBhg. Encik Rohaimi Bin Mohamed Zawawi. Majlis ini diadakan di Austin International Convention Centre (AICC), Taman Mount Austin, Johor Bahru, Johor.

Anugerah ini telah disampaikan kepada 29 Pemenang yang telah berjaya memenuhi semua kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak MTPN yang merangkumi pelbagai faktor dan kategori. Senarai Pemenang Anugerah Pilihan Pegguna dapat dilihat di pautan di bawah ini.

Senarai Penerima Anugerah

Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) adalah salah satu program Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) untuk mengenal pasti perniagaan yang membuktikan perkhidmatan pelanggan yang unggul, integriti dan profesionalisme. Matlamat kami adalah untuk membantu pengguna seluruh Malaysia membuat keputusan membeli yang bijak. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara melalui aduan-aduan pengguna, kebanyakan pengguna mempunyai masalah dengan peniaga yang tidak mengikut kehendak dan kepuasan mereka dan mereka tidak tahu hak-hak mereka sebagai pengguna.

Jadi, dengan adanya program sebegini dapat sedikit sebanyak membantu pengguna memilih perkhidmatan yang terbaik.