Home > Info Pengguna > Penguatkuasa Perkenal IEMS Untuk Tugas-Tugas Penguatkuasaan

Penguatkuasa Perkenal IEMS Untuk Tugas-Tugas Penguatkuasaan

KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 2020 – Sistem pengurusan penguatkuasaan Bersepadu (IEMS) yang dilancarkan hari ini oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjadi inovasi terkini bagi mempertingkatkan tugas-tugas penguatkuasaan.

Kaedah konvensional yang diguna pakai sejak 47 tahun lalu iaitu cara pengkompaunan on the spot secara manual agak ketinggalan dalam era teknologi masa kini.

Sebanyak 72 cawangan bahagian penguatkuasa di setiap daerah di negara ini kecuali Bahagian penguatkuasa di Ibu pejabat mula menggunakan sistem baharu ini dalam tugas-tugas penguatkuasaan dengan bermulanya Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Menurut Datuk Seri Saifuddin, penggunaan sistem baharu ini lebih mudah dan tepat dengan hanya memasukkan nama serta butiran di dalam kad pengenalan seseorang itu dan notis kompaun akan dicetak secara automatik dan sistematik.

Pelaporan pemantauan serta jumlah notis akan dapat dikemas kini dalam tempoh yang singkat berbanding sebelum ini yang mengambil masa yang agak lama.

Katanya lagi, penggunaan IEMS ini menolak secara langsung segala tohmahan atau persepsi negatif umum terhadap pegawai penguatkuasa yang dikaitkan dengan isu integriti ketika menjalankan tugas.

Pasaraya NSK di Kuchai di sini yang menjadi lokasi pelaksanaan SHMMP Tahun Baru Cina 2020 menjadi premis pertama pelaksanaan sistem ini.

Menurutnya lagi, KPDNHEP sentiasa melakukan inovasi dalam usaha memperkemaskan sistem pengurusan dan penguatkuasaan di samping memperkasa pasukan ini dalam memenuhi hasrat pengguna dan peniaga yang menjadi teras tanggungjawab kementerian ini.

Sumber : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP.

https://www.kpdnhep.gov.my/ms/media-kpdnhep/berita-kpdnhep/berita-terkini/2020/545-penguatkuasa-perkenal-iems-untuk-tugas-tugas-penguatkuasaan