Home > Home Slider > Tahniah Kepada Semua Pemenang Anugerah Pilihan Pengguna 2020..!!!

Tahniah Kepada Semua Pemenang Anugerah Pilihan Pengguna 2020..!!!

ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA 2020 CONSUMER'S CHOICE AWARDS 2020

ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA 2020, anjuran MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA (MTPN) telah berjalan dengan lancar dan sempurna pada 15 Januari 2020 (semalam) yang bertempat di Cathay Restaurant Eco Spring, Johor Bahru, Johor dan telah dirasmikan oleh YB Steven Choong Shiau Yoon (Ahli Parlimen Tebrau).

Sehubungan dengan itu, pihak MTPN dengan berbesar hati ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat dalam menjayakan ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA 2020 ini.

Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf semua golongan peniaga SME atau penjaja dan para peniaga yang mempunyai keyakinan terhadap prestasi perniagaan mereka!

Semua penerima anugerah telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pengguna dan telah memastikan mereka menjadi Pilihan Pengguna dengan keyakinan mereka terhadap harga yang berpatutan, layanan yang baik, perkhidmatan yang sempurna dan juga citarasa yang memuaskan.

Hubungi Pegawai Biro Penerangan kami yang telah berdaftar secara sah untuk mendapatkan maklumat lanjut .
Ms. Jasminn :+6016-275 2262
Mrs. Adibah : +6019-719 6184
Mr. Patrick : +6017-532 3288
Mr. Derrick : +6018-788 8889

Persembahan-Persembahan Menarik