Home > Info Pengguna > PPPM Kajang Buka Lembaran Baharu Food Bank

PPPM Kajang Buka Lembaran Baharu Food Bank

KAJANG, 21 JANUARI 2020 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan bantuan rakan-rakan strategik serta penyumbang makanan dan bahan makanan telah membangunkan sebuah Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan (PPPM) bagi Program Food Bank Malaysia yang terletak di Bukit angkat, Kajang di sini.

Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Makanan (PPPM) yang dibangunkan ini seluas 5,000 kaki persegi dilengkapi dengan kemudahan asas dan ruangan pejabat serta akses kepada jalan raya yang baik. Ia juga dilengkapi dengan rak penyimpanan yang teratur, jentera fork-lift, bilik sejuk beku dengan waktu operasi antara 9.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari.

PPPM diwujudkan untuk menjadi pusat pengumpulan dan pengagihan makanan yang disumbangkan oleh penderma khsususnya menerusi penyumbang-penyumbang yang berhasrat untuk menyumbang makanan ke PFBM.

Makanan tersebut akan dikumpulkan di pusat tersebut dan akan mula diagihkan kepada golongan sasar yang terpilih dalam Program ini selepas proses pemeriksaan makanan tersebut dilakukan oleh sukarelawan yang terlibat.

Sumber : BERNAMA

Hari ini, menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalannya Tuan Chong Chien Jen serta pengurusan tertinggi kementerian melakukan lawatan ke PPPM ini bagi melihat sendiri aktiviti yang dijalankan di sini. Majlis pelepasan penghantaran sulung ke PPPM di Bandar Bahru, Kulim dengan lori Food Bank Malaysia disempurnakan Datuk Seri Saifuddin serta tetamu-tetamu khas dengan disaksikan rakan-rakan strategik, penyumbang serta media.

Dalam sesi bersama media selepas itu, Datuk Seri Saifuddin yakin dengan program ini akan terus berkembang dengan memberikan fokus kepada komuniti dan siswa dari golongan B40.
Katanya, PPPM yang kedua yang bakal dibuka Februari nanti di Bandar Bahru, Kedah bakal menjadi hub pengumpulan dan pengedaran bagi kawasan utara.

Kos sara hidup merupakan agenda utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang mana Kementerian amat mengambil berat tentang isu-isu pengguna dan kos barang keperluan serta sentiasa berusaha untuk memperkenalkan lebih banyak program yang dapat membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.

Katanya, pembaziran makanan adalah salah satu masalah besar negara, dan mengurus sisa makanan merupakan cabaran utama pengendali pasar raya dan pasar raya besar.

“45 peratus daripada jumlah sisa pepejal di negara ini adalah diterbitkan daripada sisa makanan dan jumlah ini terus meningkat pada kadar yang sangat membimbangkan,” ujarnya.

Sumber : BERNAMA

KPDNHEP melalui Program Food Bank Malaysia (PFBM) telah melancarkan beberapa inisiatif tambahan bagi membantu mengurangkan pembaziran makanan di peringkat industri.

Melalui PFBM juga sebanyak 1,984 metrik tan makanan telah diselamatkan dan telah memberi manfaat kepada hampir 476,250 ahli isi rumah.

Secara tidak langsung ia akan membantu mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian ini untuk memperluaskan Program Food Bank Siswa (PFBS) dengan mengutamakan Universiti-universiti Swasta, POLITEKNIK dan Institut Perguruan Guru (IPG).

Sumber :
Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP.
BERNAMA

https://www.kpdnhep.gov.my/ms/media-kpdnhep/berita-kpdnhep/berita-terkini/2020/546-pppm-kajang-buka-lembaran-baharu-food-bank