Home > Home Slider > KEJOHANAN OLAHRAGA SKTD3 2020

KEJOHANAN OLAHRAGA SKTD3 2020

Kejohanan Olahraga Kali Ke-19, Sekolah Kebangsaan Taman Daya 3

Johor Bahru, 23 Februari 2020 – YBhg. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo (Presiden MTPN) telah merasmikan Kejohanan Olahraga SK Taman Daya 3 kali ke-19 bagi tahun 2020 yang telah berlangsung dengan jayanya.

Kejohanan ini merupakan salah satu program utama aktiviti kokurikulum tahun 2020 kategori sukan dan permainan di SKTD3.

Temasya Kejohanan Olahraga ini diadakan bagi mempertingkatkan lagi tahap kecergasan murid di samping melaksanakan program 1 Murid 1 Sukan (1M1S) yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Melalui program ini juga, dapat memantapkan serta meningkatkan pengetahuan murid dalam sesuatu bidang sukan di sekolah. Selain itu, para murid dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajarinya bagi meningkatkan keupayaan diri mereka. Ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek.

Kejohanan Olahraga ini dimulakan dengan Pasukan Perbarisan dan Peserta Kejohanan berkumpul dan diikuti ketibaan Ibu Bapa dan penjaga di padang SKTD3.

Seterusnya, ketibaan tetamu VIP iaitu YBhg. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo (Presiden MTPN) bersama kakitangan dan Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN diiringi Guru Besar SKTD3, Cikgu Mohammed Salleh bin Mizan dan guru-guru SKTD3 yang lain. Ketibaan tetamu VIP ini disambut dengan paluan kompang dari murid-murid SKTD3 ini.

Diikuti dengan  Perbarisan Lintas Hormat oleh Pasukan Perbarisan dan Peserta Kejohanan dari kesemua pasukan yang terlibat di hadapan Presiden MTPN dan para vip serta guru-guru dan ibu bapa.

 

Penyampaian hadiah turut disampaikan oleh Presiden MTPN diiringi Guru Besar SKTD3 kepada atlet-atlet pasukan yang telah berjaya merangkul kejuaraan dalam pelbagai kategori.

Pihak MTPN mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan pihak SK TAMAN DAYA 3 menganjurkan Kejohanan Olahraga Kali ke-19 ini dengan jayanya dan TERIMA KASIH atas jemputan dan penerimaan kunjungan dari pihak MTPN.