Home > Home Slider > KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE PEJABAT JKJR MALAYSIA di PUTRAJAYA

KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE PEJABAT JKJR MALAYSIA di PUTRAJAYA

27 Februari 2020 (Khamis) – YBhg. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo (Presiden MTPN) diiringi Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat JKJR MALAYSIA di Putrajaya dan disambut baik oleh Ketua Pengarah JKJR bersama Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Penyelaras Program dan Projek dan Pembantu Pengarah Bahagian Polisi dan Inovasi.

Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama yg boleh dijalankan dalam usaha menjayakan KEMPEN KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYA di negara kita, terutamanya pada musim-musim perayaan dan cuti-cuti umum.

Terima kasih kepada pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya atas penerimaan kunjungan pihak MTPN dan kerjasama yang diberikan.

Diharap dengan kerjasama antara MTPN dan JKJR ini dapat meningkatkan lagi kesedaran kepenggunaan kepada semua pengguna jalan raya di negara ini seterusnya dapat merealisasikan matlamat utama pelaksanaan KEMPEN KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYA di negara ini.

#MajlisTindakanPenggunaNegara
#MTPN
#KuasaPengguna
#PenggunaBijak