Home > Info Pengguna > PANTAU SOP SUB SEKTOR PERKHIDMATAN GUNTING RAMBUT, PENDANDAN RAMBUT DAN KECANTIKAN

PANTAU SOP SUB SEKTOR PERKHIDMATAN GUNTING RAMBUT, PENDANDAN RAMBUT DAN KECANTIKAN

KUALA LUMPUR, 10 JUN 2020 – Kerajaan telah membenarkan sub sektor perkhidmatan gunting rambut, pendandan rambut dan kecantikan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan dilaksanakan bermula hari ini dengan pelaksanaan Prosedur Standard Kerja (SOP) yang ketat iaitu merangkumi gunting rambut asas, cuci rambut asas, cukur jambang/misai, solekan rambut, manicure/pedicure, rawatan muka dan solekan bulu mata yang mana ianya dibenarkan.

Pemantauan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi  di MyTown Shopping Mall hari ini memberi peluang untuk melihat sendiri pematuhan SOP oleh sektor perkhidmatan gunting rambut, pendandan rambut dan kecantikan yang memerlukan tindakan daripada semua pihak iaitu pemilik premis, pekerja dan pelanggan.

Beberapa langkah wajib dipatuhi oleh pengusaha sub sektor ini seperti memastikan hanya premis berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sahaja dibenarkan beroperasi, penyediaan kelengkapan kebersihan seperti apron, face maskhand sanitizer serta beberapa kelengkapan lain disediakan oleh empunya premis.

Selain itu, mereka perlu memastikan tukang gunting rambut, pendandan rambut dan kecantikan berada dalam keadaan sihat, tidak dikategorikan kontak/PUI dan rekod pekerja sentiasa direkodkan setiap hari. Bagi pekerja asing, mereka perlu menjalani ujian Covid-19 mengikut arahan terkini daripada Kerajaan, memastikan pemilik kedai gunting rambut dan pelanggan perlu merekodkan kehadiran  dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Prosedur Operasi Standard juga memastikan tukang gunting rambut, pendandan rambut dan kecantikan perlulah memakai alat pelitup muka (face shield), apron pakai buang dan sarung tangan semasa melayani pelanggan; masa dan prosedur gunting rambut kepada golongan berisiko iaitu berumur 60 tahun ke atas wajib membuat temujanji terlebih dahulu dan bagi kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun wajib hadir bersama ibu bapa lengkap dengan pelitup muka dan apron pakai buang dsamping semua pembayaran digalakkan secara cashless.

Menururt Datuk Alexander lagi, KPDNHEP turut menyedari kerisauan orang ramai tentang kemungkinan berlakunya kenaikan caj perkhidmatan gunting rambut, pendandan rambut dan kecantikankesan daripada penguatkuasaan SOP ini. Beliau, meminta orang ramai agar depat mengawasi aktiviti  ini sekiranya ada pengusaha mengenakan caj yang tidak munasabah dengan alasan yang tersendiri.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KDNHEP