Home > Home Slider > Majlis Pelancaran Kempen Jom! Cegah Covid-19

Majlis Pelancaran Kempen Jom! Cegah Covid-19

JOHOR BAHRU, 20 JULAI 2020 – Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) yang diketuai oleh 𝐘𝐁𝐡𝐠. Dato Paduka Dr . Kevy KV Yeo, Presiden MTPN telah mengadakan majlis pelancaran Kempen Jom! Cegah Covid-19 yang sedang giat dijalankan oleh seluruh kakitangan, wakil-wakil dan ahli-ahli sukarelawan MTPN di seluruh negara Malaysia.

Kempen ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mazlan Bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor merangkap ADUN Puteri Wangsa. Turut hadir ke majlis pelancaran ini ialah YB Dr. Chong Fat Full, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Pemanis, DSP Mansor bin Omar, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Johor Bahru Selatan selaku wakil Rasmi Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, dan Puan Samantha, timbalan CEO Cu Rewards yang merupakan Penaja Rasmi kempen ini serta dif-dif kehormat yang lain.

Tidak lupa juga kepada pihak PMR Penerangan Daerah Johor Bahru kerana turut hadir ke majlis pelancaran kempen ini untuk menyerahkan Jalur Gemilang untuk dipasang pada majlis ini bersempena dengan Program IOW Merdeka Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru yang berlangsung sepanjang Bulan Kebangsaan negara kita bermula dari 16 Julai sehingga 16 September tahun ini.

Kempen ini dijalankan dengan memberikan DISINFEKSI PERCUMA ke premis-premis perniagaan, sekolah-sekolah, rumah kebajikan dan sebagainya. Kempen ini dijalankan selaras dengan MISI dan VISI MTPN dalam membantu menyelesaikan masalah yang mempengaruhi mutu hidup harian pengguna dan juga membantu meningkatkan kesejahteraan serta mengukuhkan ekonomi peniaga dan orang ramai.

Dalam menjayakan kempen ini, pihak MTPN telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menanamkan kesedaran mengenai pencegahan wabak dan mencegah penyebaran pelbagai virus khususnye virus Covid-19. Selain melindungi kesihatan dan keselamatan masyarakat umum, ia juga membantu menyelesaikan kualiti kehidupan seharian orang ramai termasuk para peniaga dan para pengguna seluruh Malaysia.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pelancaran 𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐉𝐎𝐌! 𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 ini.

Untuk mendapatkan 𝐃𝐈𝐒𝐈𝐍𝐅𝐄𝐊𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 𝐃𝐈 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐀𝐍𝐃𝐀, sila isikan butiran anda di sini.

https://forms.gle/gmG1c8Fwp1ZQgdke8
https://forms.gle/gmG1c8Fwp1ZQgdke8
https://forms.gle/gmG1c8Fwp1ZQgdke8

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Mr. Patrick : +6017-532 3288
Ms. Jasmine : +6016-275 2262

‼️ 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐥𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐛𝐚𝐤 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 ‼️

#MajlisTindakanPenggunaNegara
#MTPN
#KuasaPengguna
#PenggunaBijak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *