Home > Home Slider > Lawatan dan Disinfeksi di SKTD2

Lawatan dan Disinfeksi di SKTD2

JOHOR BAHRU, 21 JULAI 2020 – Presiden Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), YBhg. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo telah membuat lawatan ke SK Taman Daya 2 (SKTD2) bersama ahli-ahli MTPN yang lain untuk melawat lokasi projek-projek yang telah ditaja oleh pihak MTPN di sekitar SKTD2. Lawatan dari MTPN ini telah disambut baik oleh Guru Besar SKTD2, guru-guru dan kakitangan SKTD2 yang lain.

Antara projek-projek yang disumbangkan dari pihak MTPN kepada SKTD2 ialah Laluan Pejalan Kaki dan Sudut Pendidikan Keselamatan Jalan Raya untuk kegunaan semua warga SKTD2 terutamanya pelajar-pelajar. Pihak MTPN berharap dengan sedikit sumbangan ini dapat membantu pihak SKTD2 dalam memudahkan segala urusan berkaitan pendidikan para pelajar.

Selain itu, pihak MTPN juga telah menjalankan disinfeksi secara percuma di sekitar kawasan SKTD2 bagi membantu pihak sekolah membendung penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia terutamanya di negara kita ini. Selaras dengan MISI dan VISI kempen Jom! Cegah Covid-19 yang sedang giat dijalankan oleh pihak MTPN ini, pihak MTPN berharap dapat membantu menyelesaikan masalah yang mempengaruhi mutu hidup harian pengguna dan juga membantu meningkatkan kesejahteraan orang ramai.

Pihak MTPN juga turut memberikan sumbangan mesin disinfeksi kepada pihak SKTD2 bagi kegunaan pihak sekolah untuk melakukan disinfeksi secara berkala selepas ini. Seterusnya, dapat memberikan sedikit kelegaan kepada para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut dan dapat mengekalkan persekitaran sekolah yang bebas wabak pandemik ini.

Terima kasih kepada pihak SKTD2 atas penerimaan lawatan pihak MTPN dan membantu melancarkan urusan lawatan dan disinfeksi ini.