Home > Home Slider > Disinfeksi Percuma di Sek Agama Taman Daya

Disinfeksi Percuma di Sek Agama Taman Daya

JOHOR BAHRU, 14 OGOS 2020 – Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah memberikan khidmat disinfeksi secara percuma ke seluruh kawasan Sekolah Agama Taman Daya (SATD) di Taman Daya, Johor Bahru, Johor bagi membantu pihak sekolah untuk mencegah penularan wabak Covid-19 yg sedang melanda ketika ini.

Pihak MTPN telah disambut baik oleh Puan Siti Rafedah Bte Abdul, Guru Penolong Kanan – Unit Hal Ehwal Murid dan guru-guru SATD dan seterusnya membantu memudahkan dan melancarkan aktiviti disinfeksi ini. Pihak MTPN telah melakukan disinfeksi ini di pejabat guru-guru, kelas-kelas dan bilik darjah serta surau di sekolah tersebut. Setakat ini, SATD sedang menampung lebih kurang 2,300 orang pelajar dan 35 guru-guru dan kakitangan. Diharap dengan disinfeksi ini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut dan dapat mengekalkan persekitaran sekolah yang bebas wabak pandemik ini.

Sekolah Agama Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

Selari dengan kempen JOM! CEGAH COVID-19 yang diperkenalkan oleh MTPN baru-baru ini, pihak MTPN giat menjalankan disinfeksi percuma ini ke pelbagai premis di sekitar Johor Bahru termasuk sekolah-sekolah dan pusat tuisyen yang turut terjejas dengan penularan wabak pandemik ini.

Pihak MTPN turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang turut terlibat dan membantu dalam menjayakan kempen kesedaran ini termasuk pihak berkuasa tempatan, ahli sukarelawan dan orang ramai. Kempen ini perlu diteruskan untuk memberi kesedaran dan memupuk semua pihak termasuk orang ramai untuk membiasakan norma baharu bagi membanteras penularan wabak ini.

Di kesempatan ini juga, pihak MTPN berharap orang ramai dapat membantu menjayakan kempen JOM! CEGAH COVID-19 ini dan seterusnya dapat membantu pelbagai pihak terutamanya peniaga-peniaga yang terjejas akibat wabak Covid-19 ini bagi merangsang dan meingkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara kita.

Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan kempen JOM! CEGAH COVID-19 ini , sila hubungi :

Mr. Patrick : +6017-532 3288
Mr Ricky : +6014-308 8978
En Noorman : +6017-768 6823

Jika anda memerlukan DISINFEKSI PERCUMA INI DI PREMIS ANDA

Sila isikan butiran anda di sini. Pihak kami akan menghubungi anda dengan segera.

https://forms.gle/gmG1c8Fwp1ZQgdke8
https://forms.gle/gmG1c8Fwp1ZQgdke8
https://forms.gle/gmG1c8Fwp1ZQgdke8

Sijil Penghargaan daripada SATD kepada pihak MTPN
Jutaan Terima Kasih dari warga MTPN