Home > Home Slider > KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2020

KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2020

JOHOR BAHRU, 29 Ogos – Bersempena dengan bulan Kemerdekaan, Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru bersama Uda Holdings Berhad telah menganjurkan program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2020 bertempat di Angsana Mall Johor Bahru, Johor.

Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) juga telah dijemput untuk menyertai dan memeriahkan lagi program konvoi tersebut. MTPN diketuai oleh Encik Masrudi Abdul Rahman, Setiausaha Agung MTPN diiringi dengan warga kerja MTPN yang lain turut serta menjayakan program ini.

Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN)

Program ini dimulakan dengan perasmian oleh Ketua Pegawai Operasi Uda Holdings Berhad, Encik Imran Bin Salleh di pentas utama Plaza Angsana Mall Johor Bahru. Turut hadir, Pegawai Penerangan Daerah Johor Bahru, Puan Norhasiswana Binti Rasion.

Seterusnya, kesemua peserta konvoi KMJG bergerak ke pintu utama Plaza Angsana untuk menaiki kenderaan dan memulakan perjalanan konvoi KMJG ke destinasi-destinasi yang telah ditetapkan.

Acara Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang beserta Penyerahan Bendera Jalur Gemilang yang diiringi oleh sepasukan Polis Trafik Daerah Johor Bahru disertai lebih kurang 14 buah kenderaan dan 50 orang petugas agensi dan sukarelawan yang melibatkan persinggahan di beberapa pejabat agensi kerajaan.

Tahniah kepada semua agensi-agensi yang terlibat dalam program ini :

  • Uda Holdings Berhad
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara
  • Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor
  • Agensi Pertahanan Malaysia Daerah Johor Bahru
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Johor Bahru
  • Balai Bomba dan Penyelamat Larkin Johor Bahru
  • Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor
  • KRT Pangsapuri Sri Murni 2 wakil Pejabat Perpaduan Daerah Johor Bahru
  • Ketua Kampung Dato’ Onn Jaafar wakil rasmi Penghulu Mukim Bandar
  • Sukarelawan Nahar Trading

Destinasi konvoi tersebut adalah seperti berikut :

Destinasi Pertama
Pejabat Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Daerah Johor Bahru

Destinasi Kedua
Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, Skudai

Destinasi Ketiga
Pejabat Polis Marin Wilayah Dua, Tampoi

Sepanjang laluan konvoi ini, Skuad Info On Wheels (IOW) Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru juga memainkan lagu-lagu patriotik untuk mengajak orang ramai memasang Jalur Gemilang dan menaikkan semangat sambutan kemerdekaan pada tahun ini.

Tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020, โ€œMalaysia Prihatinโ€ membawa pengertian keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kebajikan rakyat Malaysia yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat di negara ini yang menghadapi cabaran yang hebat dalam menangani covid-19 pada tahun 2020 ini.

Selain itu, tidak lupa juga hebahan kempen Jom! Cegah Covid-19 yang turut dilaksanakan oleh Pihak MTPN bagi memberi kesedaran kepada semua tentang pentingnya dalam mencegah covid-19 ini.

Tahniah kepada semua dan teruskan semarak kibaran Jalur Gemilang anda!

Terima Kasih kepada semua yang terlibat !!
Pihak MTPN mengucapkan Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-63.

Untuk mendapatkan ๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ๐๐…๐„๐Š๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐’ ๐€๐๐ƒ๐€, sila isikan butiran anda di sini :
.
https://forms.gle/gmG1c8Fwp1ZQgdke8
https://forms.gle/gmG1c8Fwp1ZQgdke8
https://forms.gle/gmG1c8Fwp1ZQgdke8
.
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi :
.
Mr Patrick : 017-532 3288
Mr Ricky : 014-308 8978
En Noorman : 017-768 6823
.
โ€ผ๏ธ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐ข๐ญ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ฅ๐š๐ซ๐š๐ง ๐–๐š๐›๐š๐ค ๐‚๐Ž๐•๐ˆ๐ƒ-๐Ÿ๐Ÿ—โ€ผ๏ธ

#MajlisTindakanPenggunaNegara #MTPN #KuasaPengguna
#PenggunaBijak #MomenNegaraku #MalaysiaPrihatin #BulanKebangsaan2020 #KibarkanJalurGemilang #NormaBaharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *