Home > Home Slider > KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE PEJABAT KPDNHEP NEGERI MELAKA

KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE PEJABAT KPDNHEP NEGERI MELAKA

MELAKA, 2 September 2020 – YBhg Puan Cheng Mei Ching (Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Melaka) diiringi Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat KPDNHEP Negeri Melaka dan telah disambut baik oleh Puan Norena (Pengarah KPDNHEP Negeri Melaka) dan kakitangan KPDNHEP Negeri Melaka yang lain.

Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama dan program-program yg boleh dijalankan di Negeri Melaka pada masa akan datang dalam usaha meningkatkan KESEDARAN KEPENGGUNAAN kepada semua pengguna di negara kita, khususnya di negeri Melaka ini.

Pengerusi MTPN Cawangan Melaka juga membentangkan aktiviti yang sedang giat dijalankan oleh wakil-wakil dan ahli sukarelawan MTPN negeri Melaka iaitu mengenai pelaksanaan Kempen Jom! Cegah Covid-19, di mana pihak MTPN Melaka memberikan perkhidmatan disinfeksi percuma kepada orang ramai terutamanya peniaga-peniaga, sekolah, rumah kebajikan dan sebagainya. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua pihak tentang wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara kita dan juga membantu mencegah penularan wabak ini seterusnya dapat membantu peniaga-peniaga dan orang ramai dalam meningkatkan taraf ekonomi di negeri Melaka khususnya.

Selain itu, beliau juga membentangkan perancangan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh pihak MTPN negeri Melaka yang melibatkan orang ramai terutamanya pengguna-pengguna di negeri Melaka ini.

Terima kasih kepada pihak KPDNHEP negeri Melaka atas penerimaan kunjungan pihak MTPN dan kerjasama yang diberikan.

Diharap dengan kerjasama antara MTPN dan KPDNHEP ini dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala dan seterusnya bersama-sama membantu meningkatkan lagi kesedaran kepenggunaan kepada semua pengguna di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *