Home > Home Slider > KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR

Selangor, 8 September 2020 – Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Negeri Selangor telah mengadakan lawatan dan kunjungan hormat ke Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS). Pihak MTPN Selangor diketuai oleh YBhg Dato Dr. Gavin Voon (Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Selangor) dan diiringi oleh Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN Selangor yang lain.

Lawatan dan kunjungan hormat kali pertama yang diadakan ini telah disambut baik oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menerangkan misi dan visi penubuhan MTPN Negeri Selangor yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) kepada Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Indera Dr. Sha’ari Bin Ngadiman dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor (Bahagian Perubatan) , Dr. Faizal Bin Mat Arifin. Antara isu lain yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama dan program-program yg boleh dijalankan di Negeri Selangor pada masa akan datang dalam usaha meningkatkan KESEDARAN KEPENGGUNAAN dan KESIHATAN kepada orang ramai, khususnya di negeri Selangor ini.

Selain itu, MTPN Selangor turut membentangkan aktiviti yang sedang giat dijalankan oleh wakil-wakil dan ahli sukarelawan MTPN negeri Selangor iaitu mengenai pelaksanaan Kempen Jom! Cegah Covid-19, di mana pihak MTPN Selangor memberikan perkhidmatan disinfeksi percuma kepada orang ramai terutamanya peniaga-peniaga, sekolah, rumah kebajikan dan sebagainya. Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua pihak tentang wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara kita dan juga membantu mencegah penularan wabak ini seterusnya dapat membantu peniaga-peniaga dan orang ramai dalam meningkatkan taraf ekonomi di negeri Selangor khususnya.

MTPN Selangor juga memaklumkan pihaknya sentiasa membuka landasan aduan untuk bekerjasama dengan JKNS dalam menyalurkan aduan berkaitan isu kesihatan yang diterima kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Terima kasih kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor atas penerimaan kunjungan pihak MTPN Selangor dan kerjasama yang diberikan.

Diharap dengan kerjasama antara MTPN dan JKNS ini dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala dan seterusnya bersama-sama membantu meningkatkan lagi kesedaran kepenggunaan dan kesihatan kepada semua pengguna di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *