Home > Info Pengguna > COVID-19: Lanjutan PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya bergantung kepada kes harian

COVID-19: Lanjutan PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya bergantung kepada kes harian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau sama ada perlu diteruskan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia bergantung kepada peningkatan kes positif COVID-19 harian yang dicatatkan.

“Jadi kalau kita lihat data dan kes meningkat konsisten setiap hari, mungkin kita akan lihat ada peningkatan mungkin kita akan cadangkan.

“Kalau tiba-tiba tiada peningkatan, mungkin tidak perlu, sekarang kita sedang memantau setiap hari sama ada perlu atau tidak. Data itu kita sebarkan setiap hari dan masing-masing tahu sama ada perlu sambung atau tidak.

“Nyata hari ini kes semakin meningkat,” katanya dalam sidang media pada Sabtu.

PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dikuatkuasakan sejak 14 Oktober lalu bakal berakhir pada 27 Oktober ini.

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-lanjutan-pkpb-di-selangor-kl-dan-putrajaya-bergantung-kepada-kes-harian-265117