Home > Home Slider > MESYUARAT TRANSFORMASI INSFRASTRUKTUR BERSAMA DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA IPOH

MESYUARAT TRANSFORMASI INSFRASTRUKTUR BERSAMA DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA IPOH

Perak, 6hb Januari 2021 – Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Negeri Perak yang diketuai oleh Ir. Lean Kok Woei bersama-sama dengan ahli-ahli jawatankuasa MTPN Perak telah menghadiri satu perjumpaan dengan Datuk Bandar Ipoh, iaitu Dato’ Hj Rumaizi bin Baharin @ Md Daud.

MTPN Perak menerima aduan daripada orang awam dan peniaga-peniaga di Pinji Centre Point khasnya masalah kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat letak kenderaan.

Selaras dengan Local Agenda 21, Ir. Lean memberitahu Datuk Bandar bahawa satu kajian sosial sedang dilaksanakan untuk mendapat pandangan daripada orang awam dan komuniti tempatan terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh MTPN Perak.

Ir. Lean juga bercadang bahawa program kemasyarakatan ini diteruskan dengan bentuk usahasama di antara MBI dan MTPN Perak. Datuk Bandar bersetuju dengan cadangan ini dan berhasrat untuk memperluaskan kajian sosial sedemikian ke kawasan-kawasan lain supaya lebih banyak warga Ipoh dapat menerima manfaat.

Pihak MTPN Perak sedang giat menjalankan kajian soal selidik untuk meminta pandangan daripada orang awam berkenaan dengan masalah-masalah lalulintas di Pusat Perniagaan Pinji Centre Point, Ipoh. MTPN Perak bercadang supaya aliran lalulintas dua hala sediada di Jalan Centrepoint 1 dan Jalan Centrepoint 2 ditukar kepada satu hala untuk mengurangkan konflik di atas jalan dan persimpangan. Selain itu, petak kereta 90-darjah sediada akan ditukar menjadi petak bersudut 45-darjah / 60-darjah. Jumlah 20 petak tambahan akan disediakan untuk kereta di mana 13 petak tambahan diadakan di Jalan Centrepoint 1 dan 7 petak tambahan lagi diadakan di Jalan Centrepoint 2.

Pihak MTPN berharap agar usaha ini dapat diteruskan dan dilaksanakan dengan baik serta mendapat sokongan yang baik dari semua pihak berkuasa dan juga orang awam.


#majlistindakanpenggunanegara #mtpnperak #kuasapengguna #penggunabijak #1pengguna1suara #aduanpengguna #kamiprihatin #kamisediamembantu  #mesyuarattransformasinsfrastruktur  #majlisbandarayaipoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *