Home > Home Slider > MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH TOP 500 CONSUMER CERTIFICATION TRUSTY BRANDS AWARD 2022

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH TOP 500 CONSUMER CERTIFICATION TRUSTY BRANDS AWARD 2022

Kuala Lumpur, 19 Mac 2022 – Majlis Penyampaian Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 (Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award) anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah diadakan di Majestic Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ybrs. Tuan Nor Affendy bin Abd Khalid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sumber Manusia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Dalam Negeri.


Pihak MTPN telah memilih 43 buah syarikat daripada pelbagai industri sebagai pemenang-pemenang pada majlis itu melalui proses penaksiran dan pengauditan yang ketat dan telus.

” Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 merupakan suatu inisiatif (MTPN) untuk mengenal pasti perniagaan yang memberikan perkhidmatan yang unggul dan berintegriti kepada pengguna,” kata Tuan Abdul Malik Bin Jamaran, Pengasas Program Top 500 semasa memberi ucapan alu-aluan bagi mewakili Datuk Paduka Dr. Kevy Ky Yeo, Presiden Kebangsaan Majlis Tindakan Pengguna Negara.

“Program berprestij ini dapat menggalakkan kecemerlangan perniagaan di Malaysia serta mengenal pasti dan mendidik para peniaga akan pentingnya mengekalkan perniagaan yang beretika. Anugerah Pilihan Pengguna ini juga dapat membantu perniagaan tempatan bagi mendapatkan pengiktirafan istimewa yang menjadi standard pilihan pengguna,” katanya.

Majlis Tindakan Pengguna Negara ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua syarikat yang memenangi anugerah dan berharap mereka akan terus berinovasi dan berusaha untuk membawa lebih banyak perkhidmatan berkualiti kepada pengguna Malaysia di masa hadapan!

#majlistindakanpenggunanegara #Top500consumercertificationbrandsaward2022 #MTPNSetiawangsa #programanugerah #MajesticHotelKualaLumpur #top500batch1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *