Home > Borang Aduan MTPN Online

Borang Aduan MTPN Online

ARAHAN KEPADA PIHAK YANG MENUNTUT : 

  1. Pihak Yang Menuntut hendaklah mengisi nama penuh beserta maklumat diri yang lengkap dalam ruang yang disediakan.
  2. Pihak Yang Menuntut hendaklah mengisi nama penuh pihak/syarikat yang dituntut beserta maklumat lengkap dalam ruang yang disediakan.
  3. Pihak Yang Menuntut hendaklah menyatakan amaun tepat yang dituntut dalam ruangan yang disediakan. Amaun yang dituntut itu tidak boleh melebihi RM 25,000.00. Jika amaun itu melebihi RM 25,000.00 maka tuntutan itu hendaklah difailkan di Mahkamah Majistret Kelas Satu.
  4. Pihak Yang Menuntut hendaklah menyatakan butir-butir tuntutannya dalam ruang yang disediakan. Butir-butir itu hendaklah menyatakan tarikh yang berkaitan dan bagaimana tuntutan itu telah berbangkit atau apakah asas tuntutan itu.