Home > Home Slider (Page 5)

PROGRAM SINARAN KASIH SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

JOHOR, 10 Februari 2021 - Bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina 2021, kami, pihak MTPN tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Presiden MTPN Dato' Paduka Dr.Kevy Yeo turut serta menyampaikan bantuan makanan untuk program hari ini di Pusat Hentian Sementara Gelandangan Di Laman Sri Lanang Bandaraya Johor Bahru. [photo_gallery_wp id="15"] Usai di sana, kami bergerak pula ke Pusat Kebajikan Yushan di Taman Sri Tebrau juga untuk menyerahkan bantuan makanan kepada seluruh  penghuni rumah tersebut. Diharap dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapatlah membantu mereka yang memerlukan disamping dapat mewujudkan sifat memperingati antara satu sama lain. Terima kasih kepada Bentoree Malaysia dan The Chicken

Read More

MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN MTPN NEGERI SELANGOR

Selangor, 7 Januari 2021 - Majlis perasmian penubuhan MTPN Negeri Selangor telah dijalankan di Summer Palace Putrajaya Mariott Hotel. Majlis ini di rasmikan oleh Ybrs. Tuan Muhamad Zikril Azan Bin Abdullah, Pengarah KPDNHEP negeri Selangor dan turut di hadiri oleh presiden MTPN, Dato' Paduka Dr. Kevy Kv Yeo, serta barisan VIP yang lain. Dalam majlis perasmian MTPN Selangor pada pagi ini, Pengarah KPDNHEP Selangor telah mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk berkerjasama bersama MTPN Selangor untuk menyelesaikan aduan-aduan daripada pengguna. Komen beliau, "Kita diperingkat kerajaan amat menyambut baik dan mengalu-alukan usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak -pihak NGO serta amat berbangga apabila MTPN

Read More

MTPN “BACK TO SCHOOL” – DRIVE THRU DISINFECTANT PROGRAM

Johor, 27 Februari 2021 - MTPN BACK TO SCHOOL -> "DRIVE THRU DISINFECTANT" Diberikan secara percuma kepada Bas dan Van sekolah di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Daya 2 anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara - Johor. Sebanyak 60 buah Bas dan Van sekolah selesai melakukan proses Disinfeksi secara pandu lalu hari ini. Inisiatif ini adalah bertujuan memberi keyakinan kepada semua ibu bapa supaya menghantar anak2 mereka ke sekolah dengan menggunakan khidmat bas sekolah sekitar Tmn Daya. Disamping itu, program ini juga dpt membantu pengusaha2 bas sekolah mengurangkan beban mereka untuk mendapatkan khidmat sanitasi berbayar. Hadir sama Presiden MTPN, Datuk Dr Kevy Kv

Read More

PENYERAHAN SUMBANGAN MAKANAN – INSTITUT LATIHAN KESIHATAN KEMENTERIAN MALAYSIA

Johor, 11 November 2020 - Program "Sebutir Nasi ,Sejuta Kasih" yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) sedang giat dijalankan oleh wakil – wakil dan ahli sukarelawan MTPN JOHOR. Program ini bertujuan untuk memberikan sedikit sumbangan kepada indivdu yang terkesan dengan wabak pandemik Covid-19 yang melanda Negara ini. Pada kali ini pihak MTPN menghantar sumbangan makanan ke kawasan PKPD di Institut Latihan Kesihatan Kementerian Malaysia di Kempas, Johor. Terima kasih kepada penaja utama Bento Food Industries diatas sumbangan ini. Terima kasih juga Tuan Farhan Setiausaha Keselamatan Daerah Johor Bahru, MKN, APMM dan JKM Johor kerana telah bersama – sama dalam

Read More

MESYUARAT TRANSFORMASI INSFRASTRUKTUR BERSAMA DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA IPOH

Perak, 6hb Januari 2021 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Negeri Perak yang diketuai oleh Ir. Lean Kok Woei bersama-sama dengan ahli-ahli jawatankuasa MTPN Perak telah menghadiri satu perjumpaan dengan Datuk Bandar Ipoh, iaitu Dato’ Hj Rumaizi bin Baharin @ Md Daud. MTPN Perak menerima aduan daripada orang awam dan peniaga-peniaga di Pinji Centre Point khasnya masalah kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat letak kenderaan. Selaras dengan Local Agenda 21, Ir. Lean memberitahu Datuk Bandar bahawa satu kajian sosial sedang dilaksanakan untuk mendapat pandangan daripada orang awam dan komuniti tempatan terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh MTPN Perak. Ir. Lean juga bercadang bahawa program kemasyarakatan

Read More

KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE PEJABAT TIMBALAN MENTERI KPDNHEP

17 Mac 2021, Putrajaya – Kunjungan hormat presiden MTPN Dato’ Paduka Dr. Kevy KV Yeo Ke Pejabat Yang Berhormat Dato’ Hj Rosol Bin Wahid Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan  Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ di atas kesudian melapangkan masa menerima kunjungan kami. Semoga kunjungan ini akan menjadi landasan yang kukuh dalam membantu dan melindungi pengguna. #majlistindakanpenggunanegara #mtpnhq #kuasapengguna #penggunabijak #1pengguna1suara #aduanpengguna #majliskunjunghormat #kpdnhep

Read More

KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR

Selangor, 8 September 2020 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Negeri Selangor telah mengadakan lawatan dan kunjungan hormat ke Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS). Pihak MTPN Selangor diketuai oleh YBhg Dato Dr. Gavin Voon (Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Selangor) dan diiringi oleh Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN Selangor yang lain.Lawatan dan kunjungan hormat kali pertama yang diadakan ini telah disambut baik oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menerangkan misi dan visi penubuhan MTPN Negeri Selangor yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) kepada Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dato' Indera Dr. Sha'ari Bin Ngadiman dan

Read More

KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE PEJABAT KPDNHEP NEGERI MELAKA

MELAKA, 2 September 2020 – YBhg Puan Cheng Mei Ching (Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Melaka) diiringi Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat KPDNHEP Negeri Melaka dan telah disambut baik oleh Puan Norena (Pengarah KPDNHEP Negeri Melaka) dan kakitangan KPDNHEP Negeri Melaka yang lain. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama dan program-program yg boleh dijalankan di Negeri Melaka pada masa akan datang dalam usaha meningkatkan KESEDARAN KEPENGGUNAAN kepada semua pengguna di negara kita, khususnya di negeri Melaka ini. Pengerusi MTPN Cawangan Melaka juga membentangkan aktiviti yang sedang giat dijalankan oleh wakil-wakil dan ahli sukarelawan MTPN negeri

Read More

KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2020

JOHOR BAHRU, 29 Ogos - Bersempena dengan bulan Kemerdekaan, Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru bersama Uda Holdings Berhad telah menganjurkan program Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2020 bertempat di Angsana Mall Johor Bahru, Johor. Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) juga telah dijemput untuk menyertai dan memeriahkan lagi program konvoi tersebut. MTPN diketuai oleh Encik Masrudi Abdul Rahman, Setiausaha Agung MTPN diiringi dengan warga kerja MTPN yang lain turut serta menjayakan program ini. Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Program ini dimulakan dengan perasmian oleh Ketua Pegawai Operasi Uda Holdings Berhad,

Read More

Disinfeksi Percuma di Sek Agama Taman Daya

JOHOR BAHRU, 14 OGOS 2020 - Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah memberikan khidmat disinfeksi secara percuma ke seluruh kawasan Sekolah Agama Taman Daya (SATD) di Taman Daya, Johor Bahru, Johor bagi membantu pihak sekolah untuk mencegah penularan wabak Covid-19 yg sedang melanda ketika ini. Pihak MTPN telah disambut baik oleh Puan Siti Rafedah Bte Abdul, Guru Penolong Kanan - Unit Hal Ehwal Murid dan guru-guru SATD dan seterusnya membantu memudahkan dan melancarkan aktiviti disinfeksi ini. Pihak MTPN telah melakukan disinfeksi ini di pejabat guru-guru, kelas-kelas dan bilik darjah serta surau di sekolah tersebut. Setakat ini, SATD sedang menampung lebih kurang

Read More