Program ini adalah hasil dari tinjauan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru mengenai kes kematian kanak-kanak orang asli di Johor Bahru kerana kekurangan zat makanan dan tidak mendapatkan rawatan di klinik yang berdekatan.
Program ini diadakan bertujuan untuk membantu kanak-kanak kekurangan zat makanan di perkampungan orang asli. Tidak cukup dengan memberi sumbangan kepada pihak penganjur, MTPN juga turut hadir untuk melawat dan meninjau kawasan perkampungan tersebut.
Anjuran : Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.
Anjuran Bersama :
Jabatan Kemajuan Orang Asli
Syarikat Air Johor
Majlis Tindakan Pengguna Negara
Tempat : Perkampungan Orang Asli Ulu Tiram, Johor Bahru.
Tajaan :
Yayasan CSMC Asia
Yayasan Ion Spec Antarabangsa
Maxmaster Industry Sdn Bhd