Johor, 07 Disember 2020 β Setiausaha Agung MTPN,Tuan Masrudi Abd Rahman hari ini menyantuni Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAINJ, Tn Hj Mustafa Bin Omar untuk mendapatkan maklumat dan memahami lebih lanjut berkenaan prosuder-prosuder yang telah ditetapkan oleh Pihak Jakim berkaitan permohonan sijil Halal Malaysia.
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil Halal kepada pengusaha produk makanan dan barang gunaan orang Islam,premis makanan dan rumah sembelihan yang berada di Negeri Johor dan hasil produk untuk dipasarkan dalam Malaysia atau luar negara.
Rumusan daripada kunjungan hormat ini,pihak Jainj menasihatkan supaya pemohon-pemohon datang terus ke pejabat Bahagian Pengurusan Halal JAINJ untuk sebarang urusan berkaitan dan elakkan mengupah atau menggunakan saluran lain daripada 3rd party atau orang tengah..
Pihak JAINJ juga menegaskan mereka tidak pernah melantik mana-mana syarikat atau pun agen bagi urusan permohonan sijil Halal ini..
MTPN mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian pihak Bahagian Pengurusan Halal JAINJ menerima kunjungan kami.
#majlistindakanpenggunanegara #mtpnhq #kuasapengguna #penggunabijak #1pengguna1suara #aduanpengguna #kamiprihatin #kamisediamembantu


