Home > Home Slider > KUNJUNGAN HORMAT KE KPDNHEP NEGERI JOHOR

KUNJUNGAN HORMAT KE KPDNHEP NEGERI JOHOR

Johor – 23 September 2020 – Wakil Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat KPDNHEP Negeri Johor dan disambut baik oleh YBrs. Encik Hairul Anuar Bin Bohro (Pengarah KPDNHEP Negeri Johor) bersama YBrs Encik Rohaimi Bin Mohamed Zawawi (Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa PKPDNHEP Negeri Johor). Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama yang boleh dijalankan dalam usaha menyebarluas kesedaran kepenggunaan di Negeri Johor ini.

Selain itu, pihak MTPN juga membentangkan perancangan aktiviti –aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh pihak MTPN negeri Johor yang melibatkan orang ramai terutamanya pengguna – pengguna di negeri Johor ini. Terima kasih kepada pihak KPDNHEP negeri Johor atas penerimaan kunjungan pihak MTPN dan bekerjasama yang diberikan. Diharap dengan kerjasama antara MTPN dan KPDNHEP ini dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala dan seterusnya bersama – sama membantu meningkatkan lagi kesedaran kepenggunaan kepada semua pengguna di Negara ini.

#majlistindakanpenggunanegara #mtpnhq #kuasapengguna #penggunabijak #1pengguna1suara #aduanpengguna #kamiprihatin #kamisediamembantu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *