Johor, 27 Februari 2021 – MTPN BACK TO SCHOOL -> “DRIVE THRU DISINFECTANT” Diberikan secara percuma kepada Bas dan Van sekolah di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Daya 2 anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara – Johor.
Sebanyak 60 buah Bas dan Van sekolah selesai melakukan proses Disinfeksi secara pandu lalu hari ini. Inisiatif ini adalah bertujuan memberi keyakinan kepada semua ibu bapa supaya menghantar anak2 mereka ke sekolah dengan menggunakan khidmat bas sekolah sekitar Tmn Daya. Disamping itu, program ini juga dpt membantu pengusaha2 bas sekolah mengurangkan beban mereka untuk mendapatkan khidmat sanitasi berbayar.
Hadir sama Presiden MTPN, Datuk Dr Kevy Kv Yeo dan Setiausaha Agung MTPN, Masrudi Abdul Rahman. Setiausaha Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Johor, Noorman Kamsani berkata, atas kesedaran mahu membantu orang ramai, MTPN memberikan khidmat sanitasi percuma di lebih 10,000 premis antaranya rumah ibadat, premis kedai, sekolah dan rumah kebajikan di seluruh negara sejak Julai lalu sehingga hari ini. Selain itu katanya, MTPN akan memperluaskan program disinfeksi bas dan van sekolah secara percuma ke seluruh negeri ini sebagai langkah persiapan bersempena pembukaan semula sekolah secara berperingkat mulai Ahad.
Segelintir syarikat luar & Pengusaha industri yang menjalankan perkhidmatan disinfeksi ini seharusnya mengutamakan kepentingan umum dan membantu kerajaan membentaras Covid-19 serta tidak hanya memikirkan keuntungan.
Jelas Noorman, banyak aduan pengguna diterima dimana mereka dikenakan caj yang tinggi dan harga yang berlebihan sehingga menyebabkan ramai pengguna tidak lagi peduli akan kepentingan dan keperluannya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan usaha ini. Terima kasih juga kepada rakan2 media yang turut hadir membuat liputan.
MTPN sentiasa prihatin dan akan terus berbakti membantu komuniti untuk masa depan yang lebih harmoni..
