Johor, 11 November 2020 – Program “Sebutir Nasi ,Sejuta Kasih” yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) sedang giat dijalankan oleh wakil – wakil dan ahli sukarelawan MTPN JOHOR. Program ini bertujuan untuk memberikan sedikit sumbangan kepada indivdu yang terkesan dengan wabak pandemik Covid-19 yang melanda Negara ini.
Pada kali ini pihak MTPN menghantar sumbangan makanan ke kawasan PKPD di Institut Latihan Kesihatan Kementerian Malaysia di Kempas, Johor.
Terima kasih kepada penaja utama Bento Food Industries diatas sumbangan ini. Terima kasih juga Tuan Farhan Setiausaha Keselamatan Daerah Johor Bahru, MKN, APMM dan JKM Johor kerana telah bersama – sama dalam menjayakan kempen yang mulia ini.

Diharap dengan kerjasama ini dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala dan seterusnya bersama-sama membantu meningkatkan lagi kesedaran kepenggunaan dan kesihatan kepada semua pengguna di negara ini.
#majlistindakanpenggunanegara #mtpnhq #kuasapengguna #penggunabijak #1pengguna1suara #aduanpengguna #kamiprihatin #kamisediamembantu #bentoreemy #charityprogram #sebutirnasisejutakasih