JOHOR, 10 Februari 2021 – Bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina 2021, kami, pihak MTPN tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Presiden MTPN Dato’ Paduka Dr.Kevy Yeo turut serta menyampaikan bantuan makanan untuk program hari ini di Pusat Hentian Sementara Gelandangan Di Laman Sri Lanang Bandaraya Johor Bahru.
Usai di sana, kami bergerak pula ke Pusat Kebajikan Yushan di Taman Sri Tebrau juga untuk menyerahkan bantuan makanan kepada seluruh penghuni rumah tersebut. Diharap dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapatlah membantu mereka yang memerlukan disamping dapat mewujudkan sifat memperingati antara satu sama lain.
Terima kasih kepada Bentoree Malaysia dan The Chicken Rice Story diatas sumbangan yang diberikan. Terima kasih juga kepada Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia (YMLM) yang juga turut bersama didalam program. Semoga dengan adanya bantuan seperti ini dapatlah mengeratkan lagi hubungan sillaturahim sesama masyarakat. Kami bagi pihak MTPN amat berterima kasih kepada ahli dan badan – badan yang terlibat dalam terus menyokong program kebajikan seperti ini.