MESYUARAT TRANSFORMASI INSFRASTRUKTUR BERSAMA DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA IPOH
Perak, 6hb Januari 2021 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Negeri Perak yang diketuai oleh Ir. Lean Kok Woei bersama-sama dengan ahli-ahli jawatankuasa MTPN Perak telah menghadiri satu perjumpaan dengan Datuk Bandar Ipoh, iaitu Dato’ Hj Rumaizi bin Baharin @ Md Daud. MTPN Perak menerima aduan daripada orang awam dan peniaga-peniaga di Pinji Centre Point khasnya masalah kesesakan lalulintas dan kekurangan tempat letak kenderaan. Selaras dengan Local Agenda 21, Ir. Lean memberitahu Datuk Bandar bahawa satu kajian sosial sedang dilaksanakan untuk mendapat pandangan daripada orang awam dan komuniti tempatan terhadap cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh MTPN Perak. Ir. Lean juga bercadang bahawa program kemasyarakatan
Read More