Home > 2022 > January (Page 3)

KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (PENGURUSAN HALAL)

Johor, 07 Disember 2020 – Setiausaha Agung MTPN,Tuan Masrudi Abd Rahman hari ini menyantuni Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAINJ, Tn Hj Mustafa Bin Omar untuk mendapatkan maklumat dan memahami lebih lanjut berkenaan prosuder-prosuder yang telah ditetapkan oleh Pihak Jakim berkaitan permohonan sijil Halal Malaysia. Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil Halal kepada pengusaha produk makanan dan barang gunaan orang Islam,premis makanan dan rumah sembelihan yang berada di Negeri Johor dan hasil produk untuk dipasarkan dalam Malaysia atau luar negara. Rumusan daripada kunjungan hormat ini,pihak Jainj menasihatkan supaya pemohon-pemohon datang terus ke pejabat Bahagian Pengurusan Halal JAINJ

Read More

KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE PEJABAT KPDNHEP NEGERI SELANGOR

Selangor, 12 November 2020 – YBhg Dato Gavin Voon  (Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Selangor ) diiringi Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat KPDNHEP Negeri Selangor dan telah disambut baik Ybrs. Tuan Zikril Azan B. Abdullah, Pengarah KPDNHEP Negeri Selangor dan kakitangan KPDNHEP Negeri Selangor yang lain. Selain itu mereka turut membincangkan tentang kerjasama dan program-program yang boleh dijalankan di Negeri Selangor pada masa akan datang dalam usaha meningkatkan kesedaran pengguna kepada semua pengguna di negara ini, khususnya di negeri Selangor ini. Yang Dipertua Mtpn Selangor Dato' Gavin Voon mengambil inisiatif untuk memanjangkan aduan - aduan yang

Read More

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG NEGERI JOHOR

Johor, 30 November 2020 – Kunjungan Hormat ke pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor di sambut baik oleh YB Dato Sawalludin Bin Ahmad Pengarah LPP Negeri Johor. Pihak MTPN mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas di Negei Johor Darul Takzim. Peranan Lembaga pertubuhan Peladang (LPP) melaksanakan program dan projek selaras dengan polisi semasa kerajaan dalam bidang pertanian dan pembangunan luar Bandar termasuk yang menyentuh isu mengurang kadar kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Oleh itu MTPN sedia membantu dan bekerjasama dalam memainkan peranan dalam program dan projek yang dianjurkan oleh LPP. #majlistindakanpenggunanegara #mtpnhq #kuasapengguna #penggunabijak #1pengguna1suara #aduanpengguna #kamiprihatin #kamisediamembantu

Read More

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Johor, 26 November 2020 - Setiausaha MTPN Negeri Johor En. Noorman Kamsani hadir mengadakan perbincangan ringkas bersama Tn Hj Adnan Ketua Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMJB) bersama – sama Pn. Magfurah Timb Ketua Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru merangkumi 5 buah Parlimen didalam negeri Johor- JOHOR BAHRU,TEBRAU,PASIR GUDANG,GELANG PATAH,PULAI. Dianggarkan lebih kurang 11 Ribu penerima bantuan dalam masa sebulan di Daerah Johor Bahru ini. Kempen "SEBUTIR NASI,SEJUTA KASIH"   dan juga JOM! CEGAH COVID-19 masih lagi giat dijalankan oleh pihak MTPN dengan memberikan sumbangan makanan dan demo sanitasi di pejabat JKMJB MTPN Johor akan bersama JKM

Read More

KUNJUNGAN HORMAT KE KPDNHEP NEGERI JOHOR

Johor – 23 September 2020 - Wakil Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat KPDNHEP Negeri Johor dan disambut baik oleh YBrs. Encik Hairul Anuar Bin Bohro (Pengarah KPDNHEP Negeri Johor) bersama YBrs Encik Rohaimi Bin Mohamed Zawawi (Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa PKPDNHEP Negeri Johor). Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama yang boleh dijalankan dalam usaha menyebarluas kesedaran kepenggunaan di Negeri Johor ini. Selain itu, pihak MTPN juga membentangkan perancangan aktiviti –aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh pihak MTPN negeri Johor yang melibatkan orang ramai terutamanya pengguna – pengguna di negeri Johor ini. Terima kasih kepada pihak

Read More

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT EXCO PENGGUNA NEGERI JOHOR

Nusajaya, 7 September 202 -  YBhg. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo, Presiden MTPN diiringi Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN telah membuat kunjungan hormat ke  Pejabat YB Dr. Chong Fat Full, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna. [photo_gallery_wp id="10"] Kunjungan pihak MTPN ini bertujuan untuk membentangkan aktiviti – aktiviti yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh pihak MTPN, antaranya ialah kempen Jom! Cegah Covid-19 dan Anugerah Pilihan Pengguna (Consumers’s Choice Award). Pihak MTPN juga menjemput YB Dr. Chong Fat Full menghadiri majlis Penyapaian Anugerah Pilihan Pengguna sebagai Perasmi majlis tersebut. Terima kasih Dr. Chong Fat Full atas penerimaan kunjungan pihak MTPN dan

Read More

PROGRAM SINARAN KASIH SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

JOHOR, 10 Februari 2021 - Bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina 2021, kami, pihak MTPN tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Presiden MTPN Dato' Paduka Dr.Kevy Yeo turut serta menyampaikan bantuan makanan untuk program hari ini di Pusat Hentian Sementara Gelandangan Di Laman Sri Lanang Bandaraya Johor Bahru. [photo_gallery_wp id="15"] Usai di sana, kami bergerak pula ke Pusat Kebajikan Yushan di Taman Sri Tebrau juga untuk menyerahkan bantuan makanan kepada seluruh  penghuni rumah tersebut. Diharap dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapatlah membantu mereka yang memerlukan disamping dapat mewujudkan sifat memperingati antara satu sama lain. Terima kasih kepada Bentoree Malaysia dan The Chicken

Read More

MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN MTPN NEGERI SELANGOR

Selangor, 7 Januari 2021 - Majlis perasmian penubuhan MTPN Negeri Selangor telah dijalankan di Summer Palace Putrajaya Mariott Hotel. Majlis ini di rasmikan oleh Ybrs. Tuan Muhamad Zikril Azan Bin Abdullah, Pengarah KPDNHEP negeri Selangor dan turut di hadiri oleh presiden MTPN, Dato' Paduka Dr. Kevy Kv Yeo, serta barisan VIP yang lain. Dalam majlis perasmian MTPN Selangor pada pagi ini, Pengarah KPDNHEP Selangor telah mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk berkerjasama bersama MTPN Selangor untuk menyelesaikan aduan-aduan daripada pengguna. Komen beliau, "Kita diperingkat kerajaan amat menyambut baik dan mengalu-alukan usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak -pihak NGO serta amat berbangga apabila MTPN

Read More

MTPN “BACK TO SCHOOL” – DRIVE THRU DISINFECTANT PROGRAM

Johor, 27 Februari 2021 - MTPN BACK TO SCHOOL -> "DRIVE THRU DISINFECTANT" Diberikan secara percuma kepada Bas dan Van sekolah di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Daya 2 anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara - Johor. Sebanyak 60 buah Bas dan Van sekolah selesai melakukan proses Disinfeksi secara pandu lalu hari ini. Inisiatif ini adalah bertujuan memberi keyakinan kepada semua ibu bapa supaya menghantar anak2 mereka ke sekolah dengan menggunakan khidmat bas sekolah sekitar Tmn Daya. Disamping itu, program ini juga dpt membantu pengusaha2 bas sekolah mengurangkan beban mereka untuk mendapatkan khidmat sanitasi berbayar. Hadir sama Presiden MTPN, Datuk Dr Kevy Kv

Read More

PENYERAHAN SUMBANGAN MAKANAN – INSTITUT LATIHAN KESIHATAN KEMENTERIAN MALAYSIA

Johor, 11 November 2020 - Program "Sebutir Nasi ,Sejuta Kasih" yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) sedang giat dijalankan oleh wakil – wakil dan ahli sukarelawan MTPN JOHOR. Program ini bertujuan untuk memberikan sedikit sumbangan kepada indivdu yang terkesan dengan wabak pandemik Covid-19 yang melanda Negara ini. Pada kali ini pihak MTPN menghantar sumbangan makanan ke kawasan PKPD di Institut Latihan Kesihatan Kementerian Malaysia di Kempas, Johor. Terima kasih kepada penaja utama Bento Food Industries diatas sumbangan ini. Terima kasih juga Tuan Farhan Setiausaha Keselamatan Daerah Johor Bahru, MKN, APMM dan JKM Johor kerana telah bersama – sama dalam

Read More