Home > Home Slider > KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH JOHOR BAHRU

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Johor, 26 November 2020 – Setiausaha MTPN Negeri Johor En. Noorman Kamsani hadir mengadakan perbincangan ringkas bersama Tn Hj Adnan Ketua Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMJB) bersama – sama Pn. Magfurah Timb Ketua Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru merangkumi 5 buah Parlimen didalam negeri Johor- JOHOR BAHRU,TEBRAU,PASIR GUDANG,GELANG PATAH,PULAI. Dianggarkan lebih kurang 11 Ribu penerima bantuan dalam masa sebulan di Daerah Johor Bahru ini. Kempen “SEBUTIR NASI,SEJUTA KASIH”   dan juga JOM! CEGAH COVID-19 masih lagi giat dijalankan oleh pihak MTPN dengan memberikan sumbangan makanan dan demo sanitasi di pejabat JKMJB

MTPN Johor akan bersama JKM dalam Program “Kembara Prihatin Negara” yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Semoga akan lebih banyak lagi Ngo’s dan syarikat korprat hadir memberi bantuan untuk disalurkan kepada yang memerlukan.

Jutaan terima kasih kepada Tn Hj Adnan diatas kerjasama dan sokongan yang baik kepada pihak MTPN. Diharap dengan kerjasama antara MTPN dan JKMJB ini dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala dan seterusnya bersama-sama membantu meningkatkan lagi kesedaran terhadap kebajikan  pengguna di negara ini.

#majlistindakanpenggunanegara #mtpnhq #kuasapengguna #penggunabijak #1pengguna1suara #aduanpengguna #kamiprihatin #kamisediamembantu #bentoreemy #charityprogram #sebutirnasisejutakasih #kitajagakita #KitaTeguhKitaMenang #JomCegahCovid19 #KitaBelumMenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *