Home > 2022 > January (Page 2)

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH CONSUMER’S CHOICE AWARD 2021

Johor Bahru, 18 Disember 2021 – Majlis penyampaian anugerah Consumer’s Choice Award (CCA) 2021, dirasmikan oleh Tuan Haji Miswan Bin Yunus, Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru merangkap wakil rasmi kepada Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru. Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) merakamkan jutaan terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan dan swasta, individu dan syarikat - syarikat penaja, urusetia dan semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis "Penyampaian Anugerah Pilihan Pengguna 2021 pada kali ini. Pihak MTPN juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemenang syarikat yang amat berdedikasi dalam memberi perkhidmatan terbaik dan cemerlang. Kami berharap

Read More

SENTIASA BIJAK GUNA HAK PENGGUNA KETIKA MEMBELI

Tawau: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima 8,555 aduan berhubung harga barang mahal sejak Mac 2020 hingga semalam. Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, bagaimanapun apabila aduan itu disiasat, pihaknya mendapati kebanyakan kes hanya berlaku di sesetengah tempat tertentu sahaja atau dikategorikan sebagai kes terpencil. "Selepas penguat kuasa KPDNHEP mengesan dan meneliti semua aduan yang dilaporkan, tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak terbabit," katanya selepas menyempurnakan pelancaran Program Jualan Keluarga Malaysia, di sini, hari ini. Beliau berkata, orang ramai wajar menggunakan peranan 'hak pengguna' untuk memilih barang dengan bijak dan membuat aduan kepada pihak berkuasa jika berlaku penipuan jualan. Menurutnya, pada

Read More

‘HUBUNGI AKPK UNTUK STRUKTUR SEMULA PINJAMAN KERETA’

KUALA LUMPUR: Pengguna yang masih mempunyai hutang sewa beli kereta yang terjejas akibat banjir atau tamat tempoh moratorium dinasihat tidak melarikan diri daripada bank, sebaliknya mendapatkan khidmat nasihat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata kesukaran dihadapi pengguna terjejas juga sepatutnya tidak dibebani terus oleh pihak bank, sebaliknya memberi peluang mereka membuat penstrukturan semula dengan AKPK. "Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19 memberi banyak kesan kepada rakyat. Ada yang kehilangan pekerjaan dan tidak kurang juga gaji dipotong. "Bank sudah memberi moratorium, tetapi memasuki 2022, ia ditamatkan. Ditambah pula bencana banjir baru-baru

Read More

KENYATAAN AKHBAR KPK 4 JANUARI 2022 – ISU PENGGUNAAN PAKU BAGI MEMBUNGKUS MAKANAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai isu penggunaan paku bagi membungkus makanan yang telah tular di media sosial baru-baru ini, serta pandangan pelbagai pihak yang khuatir akan bahaya trend kaedah pembungkusan makanan yang tidak selamat ini. Menurut Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, di bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh menyimpan, membawa, menyebarkan atau menggunakan apa-apa bahan asing, beracun, berbahaya atau merosakkan yang terkandung pada mana-mana makanan hingga boleh mendedahkan makanan yang hendak dijual kepada risiko pencemaran oleh bahan-bahan tersebut. Selain itu, di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan

Read More

KKM, KPDNHEP TETAPKAN HARGA MAKSIMUM CORONAVAC, COVILO

PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan harga borong dan runcit maksimum bagi dua produk vaksin COVID-19 iaitu jenama CoronaVac keluaran Sinovac dan Covilo keluaran Sinopharm. Harga borong dan runcit maksimum bagi vaksin CoronaVac masing-masing ditetapkan RM62 dan RM77 setiap dos, manakala Covilo masing-masing pada RM49 dan RM61. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan bersama menjelaskan penetapan harga itu dibuat dalam usaha mengelakkan vaksin COVID-19 dijual pada harga terlalu tinggi di pasaran. Menurut kenyataan itu, penguatkuasaan perintah yang berkuat kuasa pada 15 Januari ini mengikut Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 akan dilaksanakan

Read More

RFID MALAYSIA HANYA SESUAI DI PINTU PAGAR KAWASAN PERUMAHAN?

PETALING JAYA: Sistem tol yang lebih berkesan adalah ketika pengguna tidak perlu memperlahankan kenderaan ketika melaluinya. Seorang pengguna Facebook, Fauzul Azhim melalui akaunnya, https://www.facebook.com/fauzul.azhim.5 berpendapat, perkara itu bertepatan dengan yang digunakan di beberapa negara lain, contohnya Singapura dan Australia. “Apa beza RFID kita dengan RFID mereka? Ya, kita menggunakan Passive RFID tags, yang lebih murah, tetapi mempunyai sensing distance (jarak sensor) yang pendek. “Sistem ini mungkin sesuai digunakan untuk masuk ke kawasan parkir, atau di pintu-pintu pagar kawasan perumahan,” katanya seperti dipetik dalam Facebooknya. Menurut Fauzul, untuk sistem tol, kita seharusnya meletakkan sasaran supaya suatu hari nanti, kenderaan tidak perlu memperlahankan kenderaan, apatah lagi terpaksa berhenti,

Read More

SIDANG MEDIA PELANCARAN PROGRAM ANUGERAH “BEST INTELLIGENT FIGURES (BIF)

Johor Bahru, 01 Disember 2021 (Isnin) - Majlis Tindakan Pengguna Negara telah bekerjasama dengan syarikat akhbar, China Press bagi mengadakan Sidang Media pelancaran program anugerah "Best Intelligent Figures" (BIF). Menurut Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo, Presiden MTPN, Anugerah BIF ini merupakan suatu anugerah untuk memberi penghargaan kepada para usahawan kecil yang telah berusaha sehabis baik sepanjang kehidupan mereka tetapi tiada sesiapa yang lihat usaha mereka dalam memaju dan menaikkan nama syarikat. Beliau berharap agar lebih ramai lagi usahawan yang mementingkan keharmonian dan mengutamakan hak – hak pengguna sepanjang kerjayanya, disamping menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mempengaruhi orang lain dan menjadi

Read More

KEMPEN “SEBUTIR NASI, SEJUTA KASIH” & JOM! CEGAH COVID-19

JOHOR, 21 & 22 Disember 2020 – Kempen “Sebutir Nasi, Sejuta Kasih | Jom! Cegah Covid-19 Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), bersama-sama dengan Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia (YMLM), mengunjungi beberapa rumah kebajikan untuk memberi sedikit sumbangan makanan serta memberikan perkhidmatan disinfeksi secara percuma di seluruh kawasan kediaman mereka disamping merapatkan lagi hubungan sesama masyarakat. HEALTH AND  JOY BOYS CENTRE PERSATUAN KEBAJIKAN MESRA MEGAH RIA JOHOR BAHRU PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN KUAN YIN [photo_gallery_wp id="9"] RUMAH CHESHIRE JOHOR RUMAH ORANG – ORANG TUA SUKARELA PANDAN RUMAH SEJAHTERA SENAI PERSATUAN PENJAGAAN KANAK – KANAK TERENCAT AKAL JOHOR PERSATUAN KEBAJIKAN WARGA EMAS CI SHAN, SKUDAI, JOHOR PERSATUAN KEBAJIKAN ORANG TUA CERIA JOHOR BAHRU, JOHOR SHERUN OLD

Read More

BANTUAN KILAT MANGSA BANJIR DI PUSAT PENEMPATAN SEMENTARA PARLIMEN TEBRAU, JOHOR

Johor Bahru, 02 November 2021 – ekoran banjir yang melanda negeri ini berpunca daripada hujan sederhana lebat yang berpanjangan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Selain itu, Sebuah laluan di Jalan Pengerang-Kota Tinggi juga terpaksa ditutup sementara setelah ditenggelami air akibat banjir. Daerah Johor Bahru terjejas teruk akibat bencana banjir apabila seramai 690 mangsa daripada 189 keluarga dipindahkan ke sembilan PPS di daerah  tersebut. Difahamkan kesemua mangsa banjir yang dipindahkan itu datangnya daripada 18 buah kampung yang terjejas bencana banjir dan sebuah Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Sam Poh. [photo_gallery_wp id="12"] Majlis Tindakan Pengguna Negara - Negeri Johor dan Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia

Read More

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN JOM! CEGAH COVID-19 SEMPENA PENUBUHAN MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGERI MELAKA

MELAKA, 20 SEPTEMBER 2020 – Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) yang diketuai oleh ????. ???? ?????? ??. ???? ?? ???, Presiden MTPN dan Yang di Pertua MTPN Melaka Ms. Renee Cheng telah mengadakan majlis pelancaran Kempen Jom! Cegah Covid-19 Sempena Penubuhan Majlis tindakan Pengguna Negeri-negeri Melaka yang sedang giat dijalankan oleh seluruh kakitangan, wakil-wakil dan ahli-ahli sukarelawan MTPN di seluruh negara Malaysia. Kempen ini telah dirasmikan oleh ?? Datuk Wira Ar.Hj.Ismail Bin Othman, EXCO Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka. Turut hadir ke majlis pelancaran ini ialah Pn. Assiqah, wakil Pengarah, YBRS. Pn Norena Binti Jaafar,

Read More