Home > 2022 > June

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH MALAYSIA INFLUENTIAL INTELLECTUAL PROPERTY BRANDS AWARD (MIIPBA) 2022

Johor Bahru, 14 Mac 2022 - Telah berlangsung majlis penyampaian anugerah Malaysia Influential Intellectual Property Brand Award (MIIPBA ) 2022 di Loon Sing Convention Centre , Taman Daya Johor Bahru. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ybrs. Tuan Nor Affendy bin Abd Khalid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sumber Manusia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Dalam Negeri. Majlis Tindakan Pengguna Kebangsaan (MTPN) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua 54 jenama perniagaan yang telah memenangi anugerah ini. Kami berharap mereka akan terus membawa perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada pengguna Malaysia! #majlistindakanpenggunanegara #majlisanugerah #miipba2022 #intellectualproperty #brandsaward

Read More

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH TOP 500 CONSUMER CERTIFICATION TRUSTY BRANDS AWARD 2022

Kuala Lumpur, 19 Mac 2022 - Majlis Penyampaian Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 (Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award) anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah diadakan di Majestic Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ybrs. Tuan Nor Affendy bin Abd Khalid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sumber Manusia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Dalam Negeri. Pihak MTPN telah memilih 43 buah syarikat daripada pelbagai industri sebagai pemenang-pemenang pada majlis itu melalui proses penaksiran dan pengauditan yang ketat dan telus. " Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 merupakan suatu inisiatif (MTPN) untuk mengenal pasti perniagaan yang memberikan perkhidmatan

Read More