Home > Home Slider > MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH CONSUMERS’ CHOICE AWARD 2022

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH CONSUMERS’ CHOICE AWARD 2022

Johor Bahru, 19 Ogos 2022 – Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Anugerah Consumers’ Choice Award bagi sesi ke – 6 tahun 2022.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Miswan Bin Yunus, Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru merangkap Wakil Rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara merakamkan jutaan terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan dan swasta, individu dan syarikat – syarikat penaja , urusetia dan semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis “Penyampaian Anugerah Pilihan Pengguna 2022 ini.


Jutaan tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua 67 pemenang anugerah pada kali ini. Harapan kami agar para pemenang dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan disamping mengamalkan 8 hak – hak pengguna sepanjang menjalankan perniagaan anda.

Anugerah Pilihan Pengguna ini merupakan sebuah platform kepada peniaga untuk mendapatkan kepercayaan pengguna seterusnya meningkatkan hasil jualan syarikat. Seluruh warga MTPN berharap dengan anugerah yang diberikan ini dapat meningkatkan lagi prestasi dan kegemilanagn setiap syarikat serta mencipta nama di persada dunia.

Memetik kata – kata tuan Presiden, Dato’ Paduka Dr. Kevy KV Yeo,Don’t Limit Your Challenge, But Challenge Your Limit~!

#MajlisTindakanPenggunaNegara #majlisanugerah #PilihanPengguna #consumerschoiceawards #nextlevelofachievement

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *