Home > Home Slider > KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE JABATAN PEMBANGUNAN WANITA (JPW)

KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE JABATAN PEMBANGUNAN WANITA (JPW)

Putrajaya, 1 November 2022 – Exco Pembangunan Wanita MTPN, Nur Saimah Binti Saimin, wakil-wakil exco serta pegawai MTPN yang lain telah membuat kunjungan hotmat ke Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan disambut mesra oleh YBrs. Dr. Wan Nur Ibtisam binti Wan Ismail, Ketua Pengarah JPW.

Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk :
1. Berkongsi atau bertukar pendapat dalam isu-isu pembangunan Wanita dari segi Ekonomi, Sosial, Kesihatan dan Pendidikan.
2. Ingin menjalin hubungan kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Wanita di masa akan datang contohnya penglibatan bersama dalam apa-apa program yang berkaitan, sama ada di bawah anjuran MTPN mahu pun Jabatan Pembangunan Wanita.

JPW menyokong dan akan bekerjasama dengan MTPN bagi menjayakan apa-apa program yang berkaitan dari kedua-dua pihak di masa akan datang. Kerjasama ini akan menggalakkan pembangunan usahawan wanita, dan MTPN juga bertindak sebagai jambatan penghubung antara usahawan wanita dan JPW, supaya semua pihak dapat mengadakan pertukaran yang baik dan menjadikan usahawan wanita lebih cergas.

Semoga dengan hasil dari kunjungan ini akan merapatkan lagi hubungan dua hala antara kedua belah pihak dan semoga segala aktiviti MTPN mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada pihak JPW.

#MajlisTindakanPenggunaNegara#majliskunjunghormat#JPW#pembangunanwanita#programkerjasama#womenempowerment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *