Kuala Lumpur, 17 Julai 2024 – Pihak Ibu Pejabat Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah membuat kunjungan hormat ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Kuala Lumpur. Kedatangan pihak MTPN disambut baik oleh Pengarah KPDN Kuala Lumpur, iaitu YBrs. Tuan Mohd Sabri Bin Seman.
Tujuan lawatan pihak MTPN yang diketuai oleh Presiden Kebangsaan MTPN, Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo, adalah untuk memperkenalkan MTPN dan matlamat penubuhan di peringkat kebangsaan serta membincangkan tentang sebarang aktiviti atau program yang boleh dijalankan bersama bagi melindungi hak dan kelestarian para pengguna.


Seluruh pihak MTPN mengucapkan ribuan terima kasih kepadaTuan Mohd Sabri Bin Seman di atas kesudian menerima kunjungan kami dan atas segala sokongan serta nasihat yang diberi.
Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala dan seterusnya bersama-sama membantu masyarakat di Malaysia.


Turut hadir memberikan sokongan semasa kunjungan ini, Timbalan – Timbalan Presiden Kebangsaan, Tuan Abdul Malik Jamaran, Tuan Noorman Kamsani dan Naib Presiden Kebangsaan, Tuan Jericho Tang.
