Home > Home Slider > PROGRAM “PROTECT THE OCEAN”

PROGRAM “PROTECT THE OCEAN”

Terengganu, 20 Ogos 2022 – Satu program Pembersihan pantai dan Pelepasan anak penyu telah di adakan di Pusat Santuari Penyu, Kerteh, Kemaman. Program yang dinamakan “Protect the Ocean” ini adalah anjuran syarikat Advance Pro dan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN).

Program ini telah mendapat tajaan dalam pelbagai bentuk dari beberapa syarikat sebagai Corporate Social Responsibility (CSR). Majlis Penyerahan Plak Sijil Penghargaan Corporate Social Responsibility (CSR) telah disempurnakan oleh Ts. Mohd Faiz Zulkilfi selaku Yang di-Pertua MTPN Terengganu kepada semua para penyumbang.

MTPN Terengganu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan KY selaku EXCO Komunikasi dan Multimedia MTPN, dan Mr Matt dari Syarikat Advance Pro di atas segala persiapan yang telah dibuat dan juga kepada semua penyumbang yang telah melibatkan diri di dalam program ini.

Diharap program ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang untuk membantu menjaga kesinambungan spesis penyu yang semakin terancam dan juga memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar.

Marilah kita bersama- sama memelihara lautan di muka bumi ini.

#Protecttheocean #Advancepro #WealthManagementNeutrovis SDN BHD #VientoAsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *