KENYATAAN AKHBAR KPK 4 JANUARI 2022 – ISU PENGGUNAAN PAKU BAGI MEMBUNGKUS MAKANAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai isu penggunaan paku bagi membungkus makanan yang telah tular di media sosial baru-baru ini, serta pandangan pelbagai pihak yang khuatir akan bahaya trend kaedah pembungkusan makanan yang tidak selamat ini. Menurut Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, di bawah Peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh menyimpan, membawa, menyebarkan atau menggunakan apa-apa bahan asing, beracun, berbahaya atau merosakkan yang terkandung pada mana-mana makanan hingga boleh mendedahkan makanan yang hendak dijual kepada risiko pencemaran oleh bahan-bahan tersebut. Selain itu, di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan
Read More