Kuching , 11 April 2023 – Lawatan Rasmi dari pihak ibu pejabat Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) ke pejabat MTPN Wilayah, Sarawak yang diketuai oleh Presiden Kebangsaan MTPN, Dato Paduka Dr. Kevy Yeo bersama ahli jawatankuasa tertinggi MTPN dan YDP negeri – negeri. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui perkembangan dan membincangkan tentang segala persiapan awal bagi aktiviti dan program yang akan dijalankan sepanjang tahun ini.
Kuching , 12 April 2023 – Kunjungan Hormat dari pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) ke pejabat Datuk Bandar, 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐁𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐌𝐁𝐊𝐒).Lawatan ini diketuai oleh Presiden Kebangsaan MTPN, Dato Paduka Dr. Kevy Yeo bersama ahli jawatankuasa tertinggi MTPN dan YDP negeri – negeri. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memperkenalkan MTPN dan objektif penubuhannya serta menerangkan program-program dan aktiviti berkaitan pengguna yang boleh dijalankan di Wilayah Sarawak pada masa akan datang.Seluruh pihak MTPN mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MBKS di atas kesudian menerima kunjungan kami. Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala dan seterusnya bersama-sama membantu meningkatkan lagi kesedaran kepenggunaan di Wilayah Sarawak.
Sarawak, 13 April 2023 – Kunjungan Hormat dari pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) ke pejabat 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐠𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐬 𝐒𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 (𝐊𝐏𝐃𝐍𝐊𝐒𝐇). Lawatan ini diketuai oleh Presiden Kebangsaan MTPN, Dato Paduka Dr. Kevy Yeo bersama ahli jawatankuasa tertinggi MTPN dan YDP negeri – negeri. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memperkenalkan MTPN dan objektif penubuhannya serta menerangkan program-program dan aktiviti berkaitan pengguna yang boleh dijalankan di Wilayah Sarawak pada masa akan datang.Seluruh pihak MTPN mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Matthew anak Dominic Barin, Pengarah KPDN Sarawak di atas kesudian menerima kunjungan kami. Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala dan seterusnya bersama-sama membantu meningkatkan lagi kesedaran kepenggunaan di Wilayah Sarawak.
𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠, 𝟏𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟑 – 𝐒𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐌𝐓𝐏𝐍).
Menurut Wynson Ong selaku YDP MTPN Sarawak, terdapat pelbagai kes penipuan dalam talian yang diadukan kepada pihak MTPN termasuk pembelian barangan dan perkhidmatan dalam talian. Mangsa penipuan dalam talian di sini dinasihatkan supaya mengemukakan aduan mereka kepada Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN). “Kami akan melaporkan kes itu kepada polis mengikut prosedur, mengemukakan aduan kepada Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup, dan memajukannya kepada Tribunal Tuntutan Pengguna,” katanya pada sidang media di pejabat cawangan di Pusat Komersial Oscar disini hari ini.Sementara itu, Presiden MTPN Kebangsaan Datuk Paduka Dr Yeo Kok Vui berharap isu kepenggunaan diberi perhatian sewajarnya di Parlimen. “Saya berharap mereka yang memperjuangkan hak pengguna akan diberi peluang untuk menyuarakan isu tersebut supaya suara pengguna didengari dan diambil kira dalam pelaksanaan dasar kerajaan,” katanya.Hadir sama Setiausaha Agung MTPN Rudy Rahman, Pengerusi MTPN Kuala Lumpur Abdul Malik Jamaran dan Setiausaha MTPN Sarawak Ryan Lim Jia Hong.
Sesi Penyampaian Watikah Pelantikan YDP, Ahli Jawatankuasa dan Ahli – ahli Majlis MTPN Sarawak oleh Presiden KebangsaaN, Dato’ Paduka Dr. Kevy Yeo.Presiden mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jawatankuasa MTPN Sarawak di atas kesudian menerima kunjungan daripada pihak MTPN HQ.Semoga MTPN Sarawak akan terus bersatu hati berganding bahu dalam menggerakkan organisasi ini ke arah kecemerlangan yang membanggakan.
Dikesempatan ini, kesemua warga MTPN dari seluruh Negeri akan terus menyokong dan berganding bahu bersama – sama pihak MTPN Sarawak untuk meneruskan perjuangan bersama dalam membantu para pengguna agar mereka menjadi lebih bijak dalam mengurus ekonomi dan perjalanan kehidupan mereka.Semoga dengan pembukaan cawangan di Sarawak ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan keluhan pengguna yang kian meningkat di sana..











