Home > 2017

Memelihara Kehijauan Bumi

SELAMA, 2 DISEMBER 2017 – Program menanam pokok sempena sambutan Ulangtahun Kelima AEON Big telah diadakan di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Perak, Larut, Selama pagi ini. Program yang dirasmikan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin itu disertai kira-kira 200 peserta. Benih pokok buah-buahan seperti durian, mempelam, rambutan adalah di antara kira-kira 2000 benih pokok yang ditanam sempena program keindahan dan kehijauan alam sekitar itu. AEON Big yang memilih tema “TERIMA KASIH MALAYSIA DI ATAS SOKONGAN BESAR AND ” dilaksanakan dengan usahasama KPDNKK. Kementerian ini juga sentiasa menyokong usaha yang dijalankan oleh pihak AEON termasuk

Read More

Pasukan Khas Bakal Ditubuhkan Oleh KPDNKK Untuk Meninjau Harga Di Pasaran

IPOH, 25 NOVEMBER 2017 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi hari ini mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji harga barangan di pasaran yang pada masa kini dianggap tinggi dan membebankan rakyat. Katanya, kenaikan harga barang yang berlaku tidak hanya pada makanan tetapi juga melibatkan kos pengangkutan dan utiliti menyebabkan rakyat memberikan pelbagai persepsi terhadap KPDNKK dan kerajaan. Melalui pemerhatian yang dibuat, Dato’ Seri Dr. Zahid berkata, walaupun kos pengeluaran dan margin keuntungan telah diambil kira harga pasaran yang diletakkan adalah masih tinggi. Menurutnya lagi, keadaan menunjukkan keadaan ekonomi negara bertambah baik

Read More

DAYA2 ROADRACE 2017

PROGRAM KECERGASAN DAYA 2 ROADRACE 2017 Johor Bahru, Oktober 2017 - Program Daya 2 Roadrace berkonsepkan 'Open Run Malaysia' yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2 telah menarik perhatian Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) untuk menjadi penaja utama di mana ia memupuk budaya sihat di samping menguji tahap kecergasaan masyarakat di negara ini. Program yang dirasmikan oleh Jabatan Pendidikan Malaysia ini telah disokong penuh oleh Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Malaysia, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kolej Komuniti Pasir Gudang, JOHO Development Sdn. Bhd, Bank Simpanan Nasional (BSN), VIVO Malaysia, Skuad Pengiring, D' Harmoni dan OmisPro. Tujuan ia

Read More

AMARAN!! Penipuan Kewangan

Berikut merupakan syarikat yang sedang disiasat : Mohd Alikan Enterprise MAHY Berkat Global Resources Aidil Gemilang Resources Harapan Gemilang Resources Salim Miskin Resources Sofiah Travel Sdn. Bhd. Trade Discovery Sdn Bhd Min Hui Trading Co. Wantop Goldsmith Sdn. Bhd./Lee Ket Chiang & Ku Luke Moi@ Luke Hiong N18 Emart Miri/ Lu Nguong Jhon Loh Kong Wong Wawasan Syed Noor Enterprise Guan Hin Chan Enterprise (M) Sdn Bhd V.A.H. & Sons Perniagaan D Permata Wong Telecomunications Yong Chun Ramen Zafa Ticket Services & Trading Akbar Jahan binti Meera Husein DJ Express Shashina Enterprise Ocean Jupiter Tours and Rental Sdn Bhd PT

Read More

SKIM KAWALAN HARGA BULAN RAMADHAN

SEPANG, 19 MEI 2017 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini memperkenalkan Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan (SKHBR) 2017 bagi mengawal kenaikan harga yang tidak berpatutan  dan mencegah amalan mencatut dalam kalangan peniaga semasa menjelang bulan Ramadan ini. SKHBR yang buat julung-julung kalinya diperkenalkan akan bermula dari 22 hingga 31 Mei 2017 iaitu lima hari sebelum dan lima hari semasa Ramadan. Menterinya, Dato’ Seri Hamzah Zainudin dalam sidang medianya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini berkata, skim ini dilaksnakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta Akta Kawalan Bekalan 1961. Sepuluh barangan dipilih bagi

Read More

PERNIAGAAN ATAS TALIAN SEMAKIN BERKEMBANG

JOHOR BAHRU, 1 APRIL 2017 – Perniagaan dalam talian semakin berkembang dari tahun ke tahun dengan jumlah pendaftaran semakin melonjak naik. Sehingga 20 Mac 2017, sebanyak 47,198 peniaga dalam talian telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Purata pendaftaran dalam talian ini adalah sebanyak 1,000 sebulan. “Pelbagai kelebihan boleh diperoleh dengan mendaftar perniagaan. Di antaranya, mendapat kepercayaan pengguna atau pembeli untuk berurusan dengan peniaga-peniaga dalam talian dan menjadikan perniagaan itu sah di segi undang-undang,” ujar Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Henry Sum Agong di Majlis Perasmian Karnival Online Networking Entrepereneurs (ONE) SSM Johor 2017 di Plaza

Read More

Lawatan ke IMCOOP

JOHOR BAHRU, 1 APRIL 2017 – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Sri Jamil Salleh hari ini mengadakan lawatan ke Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (IMCOOP) bagi melihat sendiri perkembangan aktiviti perniagaan yang dijalankan koperasi ini. Dalam lawatan pertama, Dato’ Sri Jamil di bawa ke pasaraya mini milik koperasi ini yang terletak di kawasan Setia Tropika tidak jauh dari sini. Beliau diberi taklimat dan dibawa melawat ke seluruh bahagian pasaraya mini itu. Beliau kemudian di bawa melawat ke gudang penyimpanan IMCOOP yang terletak di Indahpura, Kulai. Kawasan yang menempatkan gudang simpanan serta Ibu pejabat IMCOOP itu menjadi pusat

Read More