Home > 2017 > December > 19

Memelihara Kehijauan Bumi

SELAMA, 2 DISEMBER 2017 – Program menanam pokok sempena sambutan Ulangtahun Kelima AEON Big telah diadakan di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Perak, Larut, Selama pagi ini. Program yang dirasmikan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin itu disertai kira-kira 200 peserta. Benih pokok buah-buahan seperti durian, mempelam, rambutan adalah di antara kira-kira 2000 benih pokok yang ditanam sempena program keindahan dan kehijauan alam sekitar itu. AEON Big yang memilih tema “TERIMA KASIH MALAYSIA DI ATAS SOKONGAN BESAR AND ” dilaksanakan dengan usahasama KPDNKK. Kementerian ini juga sentiasa menyokong usaha yang dijalankan oleh pihak AEON termasuk

Read More

Pasukan Khas Bakal Ditubuhkan Oleh KPDNKK Untuk Meninjau Harga Di Pasaran

IPOH, 25 NOVEMBER 2017 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi hari ini mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji harga barangan di pasaran yang pada masa kini dianggap tinggi dan membebankan rakyat. Katanya, kenaikan harga barang yang berlaku tidak hanya pada makanan tetapi juga melibatkan kos pengangkutan dan utiliti menyebabkan rakyat memberikan pelbagai persepsi terhadap KPDNKK dan kerajaan. Melalui pemerhatian yang dibuat, Dato’ Seri Dr. Zahid berkata, walaupun kos pengeluaran dan margin keuntungan telah diambil kira harga pasaran yang diletakkan adalah masih tinggi. Menurutnya lagi, keadaan menunjukkan keadaan ekonomi negara bertambah baik

Read More