Home > 2020 > September

Nilai situasi semasa pandemik sebelum buka sempadan Malaysia-Singapura

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menilai situasi semasa penularan pandemik COVID-19, sebelum memutuskan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura bagi perjalanan harian. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga Disember ini, yang membolehkan KKM menilai dan mendapatkan input-input penting daripada kedua-dua buah negara, termasuk kaedah mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 sebelum membuka sempadan. "Lanjutan PKPP yang berlangsung selama empat bulan inilah waktu yang paling penting untuk kita. Bukan untuk cuba-cuba. Kita mesti mengikut data dan peraturan-peraturan yang boleh kita guna untuk sangkal sekiranya pembukaan tersebut dilaksanakan. "Ini supaya tiada dakwaan kita tidak kawal sebaiknya, tiada dakwaan kita

Read More

KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR

Selangor, 8 September 2020 - Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Negeri Selangor telah mengadakan lawatan dan kunjungan hormat ke Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS). Pihak MTPN Selangor diketuai oleh YBhg Dato Dr. Gavin Voon (Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Selangor) dan diiringi oleh Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN Selangor yang lain.Lawatan dan kunjungan hormat kali pertama yang diadakan ini telah disambut baik oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menerangkan misi dan visi penubuhan MTPN Negeri Selangor yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) kepada Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dato' Indera Dr. Sha'ari Bin Ngadiman dan

Read More

KUNJUNGAN HORMAT MTPN KE PEJABAT KPDNHEP NEGERI MELAKA

MELAKA, 2 September 2020 – YBhg Puan Cheng Mei Ching (Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Melaka) diiringi Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat KPDNHEP Negeri Melaka dan telah disambut baik oleh Puan Norena (Pengarah KPDNHEP Negeri Melaka) dan kakitangan KPDNHEP Negeri Melaka yang lain. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama dan program-program yg boleh dijalankan di Negeri Melaka pada masa akan datang dalam usaha meningkatkan KESEDARAN KEPENGGUNAAN kepada semua pengguna di negara kita, khususnya di negeri Melaka ini. Pengerusi MTPN Cawangan Melaka juga membentangkan aktiviti yang sedang giat dijalankan oleh wakil-wakil dan ahli sukarelawan MTPN negeri

Read More