Nilai situasi semasa pandemik sebelum buka sempadan Malaysia-Singapura

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menilai situasi semasa penularan pandemik COVID-19, sebelum memutuskan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura bagi perjalanan harian. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga Disember ini, yang membolehkan KKM menilai dan mendapatkan input-input penting daripada kedua-dua buah negara, termasuk kaedah mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 sebelum membuka sempadan. "Lanjutan PKPP yang berlangsung selama empat bulan inilah waktu yang paling penting untuk kita. Bukan untuk cuba-cuba. Kita mesti mengikut data dan peraturan-peraturan yang boleh kita guna untuk sangkal sekiranya pembukaan tersebut dilaksanakan. "Ini supaya tiada dakwaan kita tidak kawal sebaiknya, tiada dakwaan kita

Read More