Selangor, 12 November 2020 β YBhg Dato Gavin Voon (Pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Selangor ) diiringi Ahli JawatanKuasa Tertinggi MTPN telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat KPDNHEP Negeri Selangor dan telah disambut baik Ybrs. Tuan Zikril Azan B. Abdullah, Pengarah KPDNHEP Negeri Selangor dan kakitangan KPDNHEP Negeri Selangor yang lain.
Selain itu mereka turut membincangkan tentang kerjasama dan program-program yang boleh dijalankan di Negeri Selangor pada masa akan datang dalam usaha meningkatkan kesedaran pengguna kepada semua pengguna di negara ini, khususnya di negeri Selangor ini.
Yang Dipertua Mtpn Selangor Dato’ Gavin Voon mengambil inisiatif untuk memanjangkan aduan – aduan yang berkaitan terus kepada Ybrs. Tuan Zikril Azan B. Abdullah, Pengarah KPDNHEP Negeri Selangor untuk di kaji dan di selaraskan dengan cara penyelesaian yang terbaik. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai aduan yang diterima sepanjang bulan Oktober 2020. Di antaranya pembelian atas talian, pembantu rumah, pinjaman kereta, Dr. kesihatan yang tidak di iktiraf dan lain – lain.

Jutaan terima kasih kepada Ybrs. Tuan Zikril diatas kerjasama dan sokongan yang baik kepada pihak MTPN. Diharap dengan kerjasama antara MTPN dan JKNS ini dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala dan seterusnya bersama-sama membantu meningkatkan lagi kesedaran kepenggunaan dan kesihatan kepada semua pengguna di negara ini.
#majlistindakanpenggunanegara #mtpnselangor #kuasapengguna #penggunabijak #1pengguna1suara #aduanpengguna #kamiprihatin #kamisediamembantu