Selangor, 7 Januari 2021 – Majlis perasmian penubuhan MTPN Negeri Selangor telah dijalankan di Summer Palace Putrajaya Mariott Hotel. Majlis ini di rasmikan oleh Ybrs. Tuan Muhamad Zikril Azan Bin Abdullah, Pengarah KPDNHEP negeri Selangor dan turut di hadiri oleh presiden MTPN, Dato’ Paduka Dr. Kevy Kv Yeo, serta barisan VIP yang lain.
Dalam majlis perasmian MTPN Selangor pada pagi ini, Pengarah KPDNHEP Selangor telah mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk berkerjasama bersama MTPN Selangor untuk menyelesaikan aduan-aduan daripada pengguna. Komen beliau, “Kita diperingkat kerajaan amat menyambut baik dan mengalu-alukan usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak -pihak NGO serta amat berbangga apabila MTPN Selangor diwujudkan bagi membantu kerajaan, khususnya KPDNHEP Selangor.
Dalam ucapan pengerusi Majlis Tindakan Pengguna Negara (Negeri Selangor), Dato’ Dr. Gavin Voon, beliau mengatakan rasa bangganya atas majlis perasmian MPTN Selangor ini. “Selepas majlis perasmian MPTN Selangor, ia bermakna di negeri Selangor ini wujud suatu organisasi yang melindungi hak asasi pengguna. Saya berasa amat bersyukur kerana majlis pada Hari ini dijalankan dengan sempurna. MTPN Selangor membuka landasan kepada para pengguna untuk membuat sebarang aduan kepenggunaan.”
Semasa majlis ini berlangsung, acara pelantikan beberapa ahli penasihat, ahli kehormat serta barisan ahli majlis dilantik bagi membantu memainkan peranan dalam menasihati, menegur dan mengarahkan jawatankuasa pertubuhan dan semua ahlinya demi memastikan setiap aktiviti yang dilakukan mematuhi matlamat, peraturan, prosedur dan syarat yang ditetapkan oleh pertubuhan dan kerajaan Malaysia
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada KPDNHEP Selangor atas kerjasama dan sokongan sepenuhnya, yang membolehkan majlis pada Hari ini dilancarkan dengan sempurna
#majlistindakanpenggunanegara #mtpnselangor #majlisperasmian #majlispenubuhancawangan #kuasapengguna #aduanpengguna #penggunabijak #1pengguna1suara #kamiprihatin #kamisediamembantu❤️




