Home > Home Slider > MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH CONSUMER’S CHOICE AWARD 2021

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH CONSUMER’S CHOICE AWARD 2021

Johor Bahru, 18 Disember 2021 – Majlis penyampaian anugerah Consumer’s Choice Award (CCA) 2021, dirasmikan oleh Tuan Haji Miswan Bin Yunus, Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru merangkap wakil rasmi kepada Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Pihak Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) merakamkan jutaan terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan dan swasta, individu dan syarikat – syarikat penaja, urusetia dan semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis “Penyampaian Anugerah Pilihan Pengguna 2021 pada kali ini.

Pihak MTPN juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemenang syarikat yang amat berdedikasi dalam memberi perkhidmatan terbaik dan cemerlang. Kami berharap mereka akan terus berinovasi dan membuat penemuan pada hari yang akan datang untuk membawa lebih banyak perkhidmatan berkualiti kepada pengguna Malaysia!

Anugerah Pilihan Pengguna ini merupakan sebuah platform kepada peniaga untuk mendapatkan kepercayaan pengguna seterusnya meningkatkan hasil jualan syarikat. 8 hak-hak pengguna juga telah digunakan oleh MTPN bagi tujuan menilai semua syarikat yang telah menyertai anugerah ini bagi memastikan pengguna mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Seluruh warga Majlis Tindakan Pengguna Negara mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada semua pemenang di atas kejayaan ini. Kami berharap agar syarikat anda semua akan terus maju jaya dan berkembang pesat di samping mengamalkan nilai – nilai beretika serta mengutamakan hak – hak pengguna sepanjang pentadbiran dan pengurusan syarikat. Semoga dengan anugerah yang diberikan ini dapat meningkatkan lagi prestasi dan kegemilanagn setiap syarikat serta dapat mencipta nama mereka di persada dunia.

*Don’t limit your challenge, but Challange Your Limit~!!

#majlistindakanpenggunanegara #mtpnhq #kuasapengguna #penggunabijak #1pengguna1suara #majlisanugerah #anugerahpilihanpengguna #Consumerschoiceaward #award2021 #loonsingtamandaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *